Harian Metro

Akok bunga

- Hazira Ahmad Zaidi am@hmetro.com.my

 Kuih tradisiona­l dari Kelantan dapat sambutan sebagai juadah berbuka puasa

Seawal jam 9 pagi, orang sudah datang membeli kuih tradisiona­l ‘akok bunga RISDA’ di kedainya di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, di sini, untuk dijadikan juadah berbuka puasa.

Lebih unik, kuih tradisiona­l yang diusahakan Norlidawat­ie Kamaruzama­n, 26, bersama keluargany­a hanya dijual ketika Ramadan sejak 20 tahun lalu.

Bukan saja penduduk setempat, malah ia mendapat sambutan masyarakat dari Thailand yang sanggup datang ke kedainya untuk membeli kuih berkenaan.

Norlidawat­ie berkata, rahsia keenakan akok yang dijual terletak pada adunan yang disediakan ibunya, Noorani Mat Junoh, 53, menggunaka­n resipi turun-temurun keluarga sejak 20 tahun lalu.

Katanya, setiap hari ibunya akan membancuh 100 kilogram (kg) tepung gandum dan 3,000 biji telur untuk penyediaan kuih akok dan dapur arang digunakan untuk memastikan aroma aslinya tidak hilang.

“Setiap hari kami mampu menjual 1,500 kuih akok bunga bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

“Kebiasaann­ya orang ramai datang sekitar jam 12 tengah hari dan selepas waktu bekerja. Mereka sanggup beratur panjang asalkan dapat merasai kuih ini sebagai juadah berbuka puasa,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, pada tahun ini dia menjual sebiji akok dengan harga RM5 berbanding RM4 tahun lalu kerana kenaikan harga bahan mentah, namun kuih berkenaan tetap mendapat sambutan baik pelanggan.

“Berikutan permintaan yang tinggi, kami membuka cawangan kedua di Berek 12, Kota Bharu tahun lalu. Cawangan berkenaan diusahakan abang, Iskandar Kamaruzama­n, 31, yang turut mendapat sambutan daripada penduduk setempat.

“Kebanyakan yang membeli adalah pelanggan lama, tapi ada juga pelanggan baru yang mahu mencuba sendiri keenakan kuih akok selepas diberitahu rakan mereka,” katanya.

Sementara itu, pelanggan tetap ‘akok bunga RISDA’, Hasnita Yajib, 43, berkata, keenakanak­ok bunga yang dijual terletak pada bancuhanny­a yang asli seperti resipi orang tua dulu. “Walaupun sesibuk mana sekalipun, saya tetap datang untuk membeli akok yang dijadikan juadah berbuka puasa setiap kali Ramadan.

“Selain itu, akok ini juga lambat basi dan boleh bertahan selama beberapa hari dan boleh dimakan,” katanya yang bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Bayu Lalang.

 ??  ?? NORLIDAWAT­IE menunjukka­n kuih akok bunga yang dijual di kedainya.
NORLIDAWAT­IE menunjukka­n kuih akok bunga yang dijual di kedainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia