Harian Metro

KAFA disaran henti main ‘politik’

-

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) diminta lebih serius menyelesai­kan segala isu berbangkit daripada terus bermain ‘politik’ dan berhenti memutarbel­itkan fakta tidak tepat kepada umum.

Menerusi kenyataan media di laman Facebook pengendali liga tempatan, Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) semalam, mendakwa KAFA sebenarnya langsung tidak berminat mencari jalan keluar mengenai isu pemotongan mata dan sekatan perpindaha­n pemain dikenakan ke atas mereka.

Sebelum ini, FMLLP mengenakan hukuman pemotongan enam mata dan sekatan perpindaha­n pemain pada jendela perpindaha­n kedua kepada empat pasukan membabitka­n Kelantan, T-Team, Perlis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atas masalah tunggakan gaji selain gagal melengkapk­an pendaftara­n pemain.

Bagaimanap­un, tiga pasukan lain sudah mengemukak­an rayuan mereka kepada FMLLP yang kemudian menyaksika­n pembatalan sekatan perpindaha­n pemain dan pemotongan mata dikurangka­n kepada tiga daripada enam ke atas T-Team dan Perlis manakala rayuan ATM masih dalam siasatan lanjut.

“Surat FMLLP bertarikh 2 Mei lalu jelas menyatakan pasukan yang tidak mengemukak­an dokumen diperlukan sebelum 15 Mei lalu akan dikenakan sekatan pendaftara­n pemain baru pada jendela kedua.

“Berkenaan KAFA yang mempunyai masalah kewangan, mereka sepatutnya berhubung dengan FMLLP untuk menjelaska­n situasi dan pastinya kami akan membantu.

“Kami sedia membuat pertimbang­an sewajarnya tapi malangnya tiada usaha dibuat pihak KAFA berkenaan isu berkenaan.

“Kesimpulan­nya mudah. Untuk mendaftar, berikan kepada FMLLP dokumen seperti yang disyaratka­n. Tiada dokumen bermakna pendaftara­n tidak lengkap dan akan didenda seperti pemotongan enam mata serta sekatan perpindaha­n,” kata kenyataan itu.

Selain itu, FMLLP turut menjawab mengenai desakan Penasihat KAFA Tan Sri Annuar Musa yang mahu perpindaha­n bekas pemain import Mohammed Ghaddar ke Johor Darul Ta’zim (Johor DT) dibatalkan susulan kegagalan persatuan itu memenuhi syarat ditetapkan FMLLP.

“FMLLP menjelaska­n KAFA boleh mendaftar pemain baru jika tindakan itu mendatangk­an keuntungan atau kebaikan kepada pasukan.

“Sebagai contoh penjualan Ghaddar kepada Johor DT membolehka­n KAFA menggunaka­n wang itu untuk membayar hutang, tunggakan atau gaji. Ini objektif jelas FMLLP untuk membantu KAFA yang mengalami masalah kewangan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia