Harian Metro

Merintih sakit sebelum kaku

 Dua penunggang motosikal maut bertembung dari arah bertentang­an

- Hadzlihady Hassan hadzlihady@hmetro.com.my

“Saya dengar dentuman kuat dan sempat menoleh sebelum melihat dua lelaki sudah terbaring di atas jalan.

“Saya berpatah balik dan lihat kedua-dua mereka merintih menahan kesakitan namun akhirnya kaku tidak lama selepas itu,” kata penunggang motosikal yang mahu dikenali sebagai Asyraf, 25, ketika menceritak­an kemalangan maut membabitka­n dua penunggang motosikal di Lebuhraya Thean Teik, di sini, semalam.

Menurutnya, dia ketika itu dalam perjalanan menuju ke tempat kerja di pusat bandar namun terkejut apabila mendengar dentuman kuat di belakangny­a.

“Sebelum itu, saya ada berselisih dengan seorang penunggang motosikal terbabit yang dilihat menunggang dalam keadaan laju dan saya bernasib baik kerana tidak bertembung dengannya.

“Mungkin dia hilang kawalan dan merempuh sebuah lagi motosikal hingga membuatkan kenderaan mereka remuk dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Dalam kejadian jam 7.15 pagi itu, mangsa, Azri Sulaiman, 26, dan Pow Chin Huai, 63, meninggal dunia akibat cedera di kepala dan badan selepas motosikal ditunggang mereka bertembung dari arah bertentang­an.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kedua-dua mangsa tercampak di atas jalan dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat mereka sudah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat.

“Kami berharap saksi kejadian tampil bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? MAYAT penunggang motosikal terbujur selepas dirempuh penunggang lain di Lebuhraya Thean Teik, semalam.
MAYAT penunggang motosikal terbujur selepas dirempuh penunggang lain di Lebuhraya Thean Teik, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia