Harian Metro

HARI ISTIMEWA

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz rnorain@hmetro.com.my

 33,864 peserta RISDA terima dividen RM106.81 juta Ini kali kelapan

saya terima dividen daripada

RISDA

Md Yasit

Duit ini akan digunakan untuk mengadakan kenduri tahlil arwah ayah

Zabedah

“Sebelum ini saya hanya menerima dividen daripada pihak (pejabat) RISDA daerah namun hari ini cukup istimewa kerana Perdana Menteri sendiri menyampaik­annya kepada saya,” kata peserta RISDA, Zabedah Alias, 71.

Dia yang berasal dari Padang Tenggala, Temerloh berkata, pemberian dividen itu dianggap sebagai rezeki kepadanya untuk persiapan Aidilfitri akhir bulan ini.

Dia bersyukur serta berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan RISDA yang prihatin dengan keperluan peserta.

“Saya tidak boleh tidur semalam (kelmarin) kerana teruja untuk bertemu Perdana Menteri, ini kali pertama saya menerima sampul (cek) yang disampaika­n beliau sendiri.

“Duit ini akan digunakan untuk mengadakan kenduri tahlil arwah ayah manakala selebihnya untuk persiapan menyambut lebaran,” katanya.

Dia ditemui dalam Majlis Penyampaia­n Dividen

RISDA yang disempurna­kan Najib, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalanny­a, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Pengerusi RISDA, Datuk Zahidi Zainal Abidin.

Bagi Md Yasit@Abdul Aziz Md Teh, 71, dividen itu boleh membantu mereka membeli barangan keperluan harian serta persiapan menyambut Aidilfitri.

“Ini kali kelapan saya terima dividen daripada RISDA dan boleh dikatakan ia banyak membantu kami dalam menyediaka­n keperluan harian.

“Kalau boleh, biarlah ia diteruskan, jika bagi dua kali setahun pun bagus juga, tapi terpulangl­ah kepada mereka untuk tentukan kaedah (pengagihan) itu,” katanya yang mengusahak­an tiga hektar kebun getah di Kampung Sentosa, dekat Maran.

Najib mengumumka­n 33,864 peserta menerima dividen keseluruha­nnya berjumlah RM106.81 juta tahun ini. Daripada jumlah itu, 16,080 adalah peserta

Rancangan Tanam

Baru Berkelompo­k

(RTBB) dan 17,784 peserta Tanam Semula Komersial (TSK).

Jumlah itu meningkat berbanding RM95.59 juta tahun lalu.

Dalam ucapannya Najib berkata, kerajaan sentiasa berusaha mengimbang­i pembanguna­n di bandar dan luar bandar bagi memastikan semua rakyat menikmati manfaat sama.

Beliau berkata, pembanguna­n di Malaysia unik dan tidak berlaku di negara lain kerana ia dilaksanak­an secara adil dan saksama di kedua-dua kawasan itu.

“Jika kita lihat negara lain, pembanguna­nnya hanya tertumpu kepada kawasan ibu kota atau pusat pentadbira­n, tetapi di Malaysia, kami sedaya upaya memastikan agenda pembanguna­n luar bandar diteruskan secara adil dan saksama.

“Jika tidak sama (sekata) pun, sekurang-kurangnya jurang antara kedua-dua kawasan dapat dikecilkan,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kementeria­nnya menyediaka­n peruntukan RM358.8 juta tahun ini bagi program tanam semula serta pelbagai program lain bagi membantu pekebun kecil seluruh negara.

Peruntukan itu, sekali gus menolak dakwaan pembangkan­g yang mengatakan kerajaan tidak mempunyai wang untuk menjalanka­n program itu.

“Mereka kata kerajaan tidak ada duit (muflis), ini tidak betul, kami buktikan melalui peruntukan daripada RISDA membabitka­n pemerkasaa­n program tanam semula dan mempergiat­kan aktiviti hiliran syarikat milikan mereka (RISDA).

“Jumlah peruntukan ini jelas membuktika­n mereka berbohong dan tidak boleh dipercayai, kami mampu sediakan sejumlah peruntukan besar dan ia hasil kebijaksan­aan pimpinan negara diketuai Najib,” katanya.

 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ??  ?? NAJIB menyerahka­n dividen kepada peserta RISDA, semalam.
NAJIB menyerahka­n dividen kepada peserta RISDA, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia