Harian Metro

Arwah anak harapan

-

Serdang “Arwah adalah anak harapan keluarga kami. Dia pernah mendapat tawaran menjadi cikgu namun memilih untuk menyertai bidang ketenteraa­n. Tidak sangka dia meninggalk­an kami dalam keadaan begini, ” Itu luahan Zulkarnain Idrus, 53, bapa kepada penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, yang maut selepas dipercayai didera rakan hingga mati.

Katanya, dia melihat kesan melecur akibat ditekap dengan seterika wap di bahagian dada, tangan dan kaki jenazah anaknya sebelum mayat Zulfarhan dibedah siasat tengah hari semalam.

Katanya, kali terakhir dia bercakap dengan arwah adalah dua hari sebelum Ramadan.

“Meskipun arwah tidak mengadu kepada ibunya dia dipukul namun isteri saya dapat merasakan sesuatu tidak kena.

“Isteri saya mendengar suara arwah bercakap dalam kesakitan. Selepas didesak beberapa kali, akhirnya arwah mengaku dibuli tetapi mendakwa tidak serius. Disebabkan itu kami tidak memperbesa­rkan hal itu.

“Dia adalah harapan kami sekeluarga. Saya harap dia boleh bimbing adik-adiknya selepas dia berjaya,” katanya.

Menurutnya, arwah seorang anak yang pendiam dan cukup disenangi semua ahli keluarga lain malah dia tidak pernah mencuri atau melakukan sesuatu yang negatif sepanjang hayatnya.

Katanya, sebelum memasuki UPNM, arwah mendapat tawaran untuk menjadi cikgu namun dia menolak kerana minatnya lebih mendalam dalam bidang ketenteraa­n.

“Kami reda dengan pemergiann­ya namun meminta UPNM dan Angkatan Tentera Malaysia untuk menyiasat kejadian ini dengan telus dan adil, ” katanya.

 ?? Zulkarnain Idrus ?? Dia adalah harapan kami sekeluarga. Saya harap dia boleh bimbing adik-adiknya selepas dia berjaya”
Zulkarnain Idrus Dia adalah harapan kami sekeluarga. Saya harap dia boleh bimbing adik-adiknya selepas dia berjaya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia