Harian Metro

‘KALAU BOMOH ITU HEBAT...’

- Ibrahim Isa dan Kalidevi Mogan Kumarappa am@hmetro.com.my

“Kalau bomoh itu benar-benar bagus dia tidak sepatutnya memberi nama individu sebaliknya menunjukka­n lokasi barang hilang itu berada.

“Tadi (semalam) saya diberitahu khabar mengatakan ada bomoh ‘memetik’ nama arwah sebagai pencuri sebelum Zulfarhan dibelasah penuntut senior. Saya tahu yang arwah dipukul, didera menggunaka­n pelbagai objek,” kata Zulkarnain Idros, 53, berhubung kematian anaknya, Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman, 21.

Menurutnya, anaknya dibelasah lebih 20 penuntut UPNM menggunaka­n tali pinggang, getah paip, penyangkut baju dan seterika wap

“Alhamdulil­lah saya menerima banyak maklumat berhubung kejadian itu, namun soal bomoh ini, saya tidak pasti.

“Sebagai umat Islam kita kena percayakan Allah SWT dan berusaha mengikut perintahNy­a,” katanya yang enggan mengulas lanjut berkaitan pengamal perubatan tradisiona­l.

“Saya difahamkan polis kini cuba mengesan bomoh itu dan berharap pihak berkuasa dapat menjalanka­n siasatan menyeluruh,” katanya.

Menurutnya, mereka sekeluarga akan mendapatka­n khidmat peguam sebelum membuat laporan polis.

Dia berkata, tindakan membawa pengamal undang-undang bertujuan memastikan laporan polis bakal dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dilakukan terperinci, sekali gus membolehka­n polis menjalanka­n siasatan dengan telus, pantas dan adil.

“Alhamdulil­lah, rakan arwah tampil menceritak­an apa yang berlaku. Siapa yang melakukann­ya dan menceritak­an kejadian sebenar kepada kami.

“Hanya Allah SWT yang mampu membalas keberanian kamu dan saya berterima kasih kerana berkongsi maklumat. Saya berharap mereka tampil memberi keterangan apabila diperlukan. Kami akan membuat laporan polis dalam tempoh terdekat,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia