Harian Metro

PERANCANG UTAMA

- Mohd Firdaus Ibrahim dan Muhammad Saufi Hassan am@hmetro.com.my

 Dua bekas pengikut DIS kini bersama kumpulan Maute main peranan rampas kereta perisai

Dua bekas pengikut Darul Islam Sabah (DIS) Mohd Amin Baco dan Jeknal Adil yang kini bersama Daish di Marawi, Filipina dilaporkan menjadi watak utama kejayaan kumpulan militan itu dalam merampas dua kereta perisai milik tentera.

Menurut sumber, dua kereta perisai dirampas kumpulan Maute hasil rancangan rapi disusun dua rakyat Malaysia itu dalam serang hendap yang dilakukan di Bandar Marawi, kelmarin.

“Kebanyakan tentera menguasai selatan Bandar Marawi. Kawasan lain masih dalam keadaan tegang dan dikuasai Maute.

“Pihak tentera kini banyak menggunaka­n serangan udara selepas kegagalan mereka masuk ke kawasan dikawal Maute. Selain itu, mereka juga menggunaka­n kereta perisai menyerang rumah ataupun premis dipercayai tempat persembuny­ian militan,” katanya.

Sumber sama berkata, disebabkan itu kumpulan Maute berusaha merampas kereta perisai berkenaan.

“Berdasarka­n maklumat risikan, kami dimaklumka­n dua rakyat Malaysia Mohd Amin dan Jeknal antara dua watak utama dalam kejayaan Maute merampas kereta perisai.

“Dalam perancanga­n itu, kumpulan Maute berperanan mempertaha­nkan kawasan dikuasai daripada dimasuki tentera. Mohd Amin dan Jeknal pula dilapor memimpin sebahagian kecil anggota batalion Ansar Al Shariah bagi merampas kereta perisai,” katanya.

Katanya, dalam serangan itu, empat tentera dilaporkan maut sebelum Mohd Amin dan Jeknal serta pasukan mereka merampas aset tentera itu.

Dalam perkembang­an sama, sumber memberitah­u Metro Ahad, dua rakyat Malaysia Dr Kamsa Yahya (Kedah) dan Abdurrahma­n Asmawi (Kelantan) bukan anggota Daish se- perti dilaporkan.

“Mereka sebenarnya jemaah Tabligh yang masuk ke kawasan itu bagi menyebarka­n Islam,” katanya.

Sementara itu, penduduk tempatan dikenali sebagai Halim, 53, berkata, bekas pensyarah Universiti Malaya (UM) Dr Mahmud Ahmad, Mohd Amin, Jeknal dan Mohamad Joraimee Awang dilihat masih berada di Marawi, petang semalam.

“Mereka bersama kumpulan Maute dan mempertaha­nkan Isnilon Hapilon (Ketua Daish Asia) yang juga dalang kegiatan penculikan di Asia Tenggara,” katanya.

Pada masa sama, Pengarah Institut Kajian Penyelidik­an Strategik Malaysia (MyRISS) Dr Mohd Mizan Mohd Aslam berkata, batalion Ansar Al Shariah sememangny­a membantu kumpulan Maute dan bersama-sama dengan anggota militan di bawah pimpinan Isnilon.

“Sebelum ini, kita sudah mengetahui Mohd Amin dan Jeknal mempunyai kemampuan dalam strategi peperangan ala gerila dan mereka membuktika­nnya selepas menjadi perancang utama dalam merampas dua kereta perisai.

“Mohd Amin dan Jeknal antara pemimpin batalion Ansar Al Shariah yang bertanggun­gjawab dalam bahagian operasi manakala Mahmud dan pembantuny­a, Mohammad Joraimee lebih berperanan sebagai ketua keagamaan atau spiritual leader kepada sayap kumpulan militan terbabit,” katanya.

 ??  ?? KUMPULAN Maute bersama kereta perisai yang dirampas di bandar Marawi.
KUMPULAN Maute bersama kereta perisai yang dirampas di bandar Marawi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia