Harian Metro

KINI SEMUA BOLEH JADI DREBAR

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Golongan profesiona­l pilih kerjaya sebagai

pemandu Uber dan Grab

Kuala Lumpur

Mereka bukan calang-calang orang kerana pernah menyandang jawatan penting dalam syarikat termasuk jurutera, pengurus syarikat, akauntan termasukla­h pelakon serta penyampai berita.

Tanggungja­wab yang dipegang melayakkan mereka dibayar gaji mencecah lima angka namun demi kepuasan dalam hidup dan ingin mencuba sesuatu yang baru, mereka sanggup melepaskan jawatan dan gaji besar berkenaan dengan menjadi pemandu Grab atau Uber Car untuk sumber pendapatan baru.

Kebanyakan golongan profesiona­l ini bukan mengalami kesempitan hidup atau tidak dapat mencari makan untuk meneruskan kehidupan masing-masing namun memilih kerjaya berkenaan atas pelbagai alasan.

Antara individu berkenaan adalah penyampai berita sambilan TV9 Fadhil Mohamad Isa, 32, yang memilih kerjaya itu berikutan mudah dan fleksibel dalam merangka waktu kerja.

Fadhil menjadi pemandu Grab Car sejak dua tahun lalu berkata, kerjaya itu tidak menjatuhka­n status seseorang malah memberi peluang untuk berhadapan dengan orang ramai.

“Menjadi pemandu Grab Car melatih untuk lebih bersopan-santun dan berkeyakin­an apabila berhadapan dengan orang ramai kerana kita menyediaka­n perkhidmat­an kepada mereka untuk ke destinasi tertentu.

“Orang ramai tidak tahu sebenarnya menjadi seorang pemandu menguntung­kan kerana kita menggunaka­n masa dengan sebaiknya keburukan.

“Bekerja sebagai pemandu Grab Car memberi ruang selain menukarkan kereta daripada liabiliti kepada aset,” katanya yang juga bekas pramugara.

Menurutnya, persepsi masyarakat memandang serong kepada pemandu sepertinya namun tidak mengetahui pendapatan yang diperoleh sebulan mencecah ribuan ringgit.

“Kebiasaann­ya saya memperoleh antara RM40 untuk tempoh sejam iaitu RM150 sehari bergantung kepada jarak perjalanan dan jumlah penumpang yang diambil.

“Setakat ini, pekerjaan terbabit tidak mengganggu rutin harian saya, malah menghilang­kan kekusutan untuk membayar ansuran kereta dan makan serta minum setiap hari,” katanya.

Katanya, setiap individu perlu mengubah gaya hidup dengan bijak menggunaka­n peluang untuk menambah pendapatan daripada terus meratapi kesengsara­an atau kepayahan hidup. lebih bersama ahli keluarga malah kami boleh merancang percutian tanpa

“Kita kena lebih berdaya saing iaitu tidak membiarkan peluang yang ada begitu saja kerana hanya datang sekali dan menggunaka­nnya untuk mengubah hidup kepada lebih baik,” katanya. sebarang masalah.

“Pekerjaan ini bukanlah kelas bawahan kerana jika rajin dan komited boleh memperoleh pendapatan lumayan bergantung pada jarak dan pelanggan,” katanya.

Selain itu, menurutnya, beralih angin kepada kerjaya sebagai pemandu tidak menjadikan­nya miskin atau hilang sumber pendapatan utama kerana apa yang penting adalah sifat rajin seseorang untuk mencari rezeki.

“Setiap pekerjaan memerlukan seseorang itu komited melakukan tugasan sama seperti memandu Grab Car apabila jumlah pendapatan bergantung kepada tahap kerajinan mencari pelanggan,” katanya.

 ??  ?? FADHIL pernah berkerja sebagai penyampai berita.
FADHIL pernah berkerja sebagai penyampai berita.
 ??  ?? FADHIL dengan kenderaann­ya sebagai Grab Car.
FADHIL dengan kenderaann­ya sebagai Grab Car.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia