Harian Metro

Cari kenalan sambil cari duit

-

Kuala Lumpur: Setiap individu mempunyai sebab tertentu mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupann­ya walaupun terpaksa berkorban masa dan tenaga bagi memastikan setiap impian menjadi kenyataan.

Malah, mempunyai perniagaan stabil dan pendapatan mencecah puluhan ribu bukanlah alasan untuk Mohd Fadzli Zulkefli, 32, berasal dari Padang Besar, Perlis mencuba sebagai pemandu Grab Car.

Bagi Mohd Fadzli, dia tidak mengalami kesempitan hidup atau perniagaan­nya tidak menguntung­kan namun tekad menjadi pemandu Grab Car adalah mahu mencari kenalan lebih ramai selain merasai pengalaman mencari rezeki di bandar raya ini.

Bapa kepada seorang anak berusia setahun itu berkata, dia terpaksa menjadikan kereta Proton Persona sebagai ‘rumah’ ketika merantau ke bandar raya ini untuk bekerja sebagai pemandu Grab Car.

“Jika diikutkan saya seperti orang hilang arah atau tiada hala tuju hidup namun sebenarnya itu semua dilalui demi mencari pengalaman baharu sebagai pemandu Grab Car,” katanya, yang mampu meraih ribuan ringgit sebulan sebagai pemandu Grab Car.

Menurut Fadzli, sememangny­a ada antara rakan menganggap dia gila kerana mahu menjadi pemandu Grab Car.

“Bekerja sebagai pemandu Grab Car tidak memerlukan syarat ketat atau pengalaman cuma perlu ada kenderaan bersesuaia­n serta lesen memandu saja.

“Jika orang yang tidak mengenali saya pasti menganggap mungkin kehilangan pekerjaan atau mengalami masalah kewangan namun hakikatnya kehidupan kini lebih bahagia selain dapat menjana pendapatan sampingan,” katanya yang menjalanka­n perniagaan membekalka­n alat tulis di sekolah dan universiti awam.

 ??  ?? MOHD Fadzli pemandu Grab Car.
MOHD Fadzli pemandu Grab Car.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia