Harian Metro

APMM tahan nelayan asing POH LI CARI IBU BAPA

- Rosman Shamsudin am@hmetro.com.my

 Si cilik usia 12 tahun diserah kepada keluarga angkat mahu jumpa famili kandung

Sejak berusia tiga bulan dia diserah kepada keluarga angkat, kini kanak-kanak perempuan Poh Li, 12, berusaha mencari dan merindui ibu bapa kandung yang tidak pernah dikenali atau bertemu.

Difahamkan, ayah kandungnya berketurun­an Cina menyerahka­n dia kepada suami isteri India di kediaman pasangan itu di sini, pada 2005.

Pekerja sosial, Yee Jee Kwong, 61, yang juga ahli Pasukan Perlindung­an Kanak-Kanak Daerah Muallim, berkata sejak Poh Li, 12, diserahkan kepada K Krishnan, 60, dan isterinya, V Pichay, 57, keluarga kandungnya tidak pernah menjenguk kanak-kanak itu.

Menurutnya, keluarga angkat juga berusaha mencari dan mengesan bapa kandung Poh Li untuk menyelesai­kan beberapa urusan yang membabitka­n masa depannya, tetapi gagal hingga kini.

“Oleh kerana buntu, pasangan berkenaan hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Muallim untuk membuat laporan dan tindakan selanjutny­a.

“Poh Li memang rindu ingin berjumpa dengan ibu bapa kandungnya selain perlu menyelesai­kan beberapa urusan penting membabitka­n masa depannya,” katanya.

Yee berkata, pihaknya berharap ibu bapa Poh Li dapat tampil bagi menyelesai­kan beberapa perkara penting.

Katanya, dia berharap sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai keluarga kandung Poh Li dapat membantu kanak-kanak berkenaan.

Sekiranya mempunyai maklumat mengenai ibu bapa Poh Li bolehlah menghubung­i K Ravi di talian 017-2352982.

 ??  ??
 ??  ?? POH Li bersama ibu bapa angkatnya, Krishnan dan Pichay ketika hadir ke pejabat JKM Muallim, semalam.
POH Li bersama ibu bapa angkatnya, Krishnan dan Pichay ketika hadir ke pejabat JKM Muallim, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia