Harian Metro

‘Saya terpaksa melepaskan diri yang terlipat’

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali dan Siti Nadzirah Che Mud am@hmetro.com.my

“Saya terpaksa melepaskan diri yang terlipat dua seminit sebelum berjaya keluar daripada van menerusi tingkap pintu yang pecah,” kata seorang daripada mangsa yang terselamat dalam kejadian tujuh pelajar tahfiz maut dalam kemalangan di Kilometer 55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu dekat Kampung Telekong, Kuala Krai, kelmarin.

Muhammad Izzat Mohd Nor, 24, yang juga guru pengiring berkata, ketika kejadian van dipandu rakannya, Mohamad Hamzi, 24, manakala dia berada di bahagian penumpang hadapan.

Katanya, ketika tiba di Kampung Telekong, Hamzi cuba memotong sebuah kenderaan namun, secara tiba-tiba hilang kawalan dan van terhuyung-hayang sebanyak tiga kali sebelum terjunam ke bawah tebing jalan.

“Saya cuba capai stereng van untuk menyelamat­kan keadaan tapi kejadian berlaku terlalu pantas dalam masa tak sampai 10 saat.

“Pelajar hanya mampu melaungkan takbir Allahuakhb­ar tanpa henti sehingga van berhenti berpusing,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Bakar, semalam.

Izzat berkata, selepas itu, dia terdengar beberapa pelajar sempat melaungkan takbir dengan kuat selain deruan nafas turun naik beberapa pelajar yang nazak. Kuala Krai: “Apa yang saya ingat ketika itu ustaz memotong kereta dan ada kereta di laluan bertentang­an tetapi apabila ustaz nak memasuki laluan semula, van kami hilang kawalan.

“Kami semua menjerit dan menyebut Allahuakba­r, sebelum saya tidak sedarkan diri,” kata Mohammad Syuwari Mana Sikana Ismail, 17, salah seorang mangsa yang terselamat daripada kemalangan di Kilometer 55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu dekat Kampung Telekong, kelmarin.

Mohammad Syuwari yang dirawat di wad Hospital Kuala Krai patah tangan kanan dan luka di bahagian dahi.

Katanya, dia hanya sedar selepas berada di hospital sebelum dimaklumka­n mengenai kematian tujuh rakannya.

“Saya tak nafikan van dibawa laju. Kejadian itu berlaku sangat pantas dan saya masih rasa tidak percaya, namun reda dengan ujian yang menimpa kami.

“Saya bersyukur kerana terselamat dan pada masa sama saya masih terkejut dengan kehilangan mereka,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya,

“Hdia

akan asrat adik yang mahu meninggal dunia pada Ramadan dengan kemuliaann­ya dimakbulka­n Allah SWT.

“Itu yang ditulis di dalam sekeping nota arwah adik yang diserahkan oleh pengurusan tahfiz kepada kami sekeluarga pada jam 10 pagi semalam. Tiada kata yang dapat diluahkan dan hanya air mata mengiringi nota kenangan tulisan adik,” kata Muhammad Firdaus Mohd Dahalan, 17, ketika dihubungi, semalam.

Muhammad Firdaus abang kepada Mohd Hakimi, 17, seorang daripada tujuh pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi milik CT-One Islamic Centre (CIC), Tualang yang maut selepas van yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh rumah di Kilometer 55 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Kampung Telekong kira-kira jam 9.30 pagi, kelmarin.

Katanya, nota itu ditulis arwah adik empat hari sebelum

 ??  ?? MOHAMMAD Syuwari yang patah tangan
kanan menerima rawatan di Hospital
Kuala Krai.
MOHAMMAD Syuwari yang patah tangan kanan menerima rawatan di Hospital Kuala Krai.
 ??  ?? JEMAAH bersiap untuk solat jenazah ke atas jenazah pelajar Tahfiz yang kemalangan.
JEMAAH bersiap untuk solat jenazah ke atas jenazah pelajar Tahfiz yang kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia