Harian Metro

Perlu dana bina semula pondok

-

Bagi meneruskan legasi keilmuan Tok Kenali, ahli keluarga ulama terkenal Nusantara itu merancang mewujudkan semula sistem pengajian pondok tradisiona­l dan pusat tahfiz.

Cucu Tok Kenali, Tuan

Guru Haji Lokman Haji Ahmad, 79, yang juga Penasihat Masjid Tok Kenali berkata, buat permulaan pihaknya bercadang menubuhkan Pusat Tahfiz Dewan Tok Kenali dalam bagi meramaikan huffaz al-Quran.

“Secara tidak langsung, kewujudan pusat tahfiz ini menghidupk­an masjid yang kini lengang kerana pelajar Sekolah Rendah Islam Tok Kenali berulang-alik serta solat di tempat lain.

“Ramai ahli keluarga terutama anak sulung saya Mohd Hakim Lokman (selebriti Bob Lokman) memberitah­u kami kena buat pondok semula bagi meramaikan orang untuk menuntut ilmu,” katanya.

Menurutnya, pihaknya sedang mencari dana tambahan menyiapkan bangunan tiga tingkat berharga RM350,000 untuk beroperasi sebagai pusat tahfiz.

Katanya, orang ramai dialu-alukan untuk menyumbang ke akaun Maybank bernombor 5531044112­93 atas nama Dewan Tok Kenali atau hubungi 09-7654666.

“Dengan keadaan yang semakin uzur, saya tidak lagi aktif mengajar di luar kawasan dan hanya memberi tazkirah di Masjid Tok Kenali selepas Subuh.

“Jadi dengan adanya pondok dan pusat tahfiz ini, ia dapat mengekalka­n usaha Tok Kenali menyebar ilmu kepada masyarakat dalam bentuk terkini dan menghidupk­an agama sampai bila-bila,” katanya.

Menurutnya, institusi pendidikan dibangunka­n keluarga itu diharapkan dapat meneruskan kegemilang­an pondok Tok Kenali yang melahirkan ramai tokoh ulama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia