Harian Metro

‘MAMA’ BERBAKTI UNTUK PENGASIH

-

sendiri, Kamisah yang pernah menetap lebih 20 tahun di England lebih rela berbakti pada anak bangsa sendiri.

Rutin kehidupann­ya kini dari jam 9 pagi dari kediaman di Ampang (kawasan U-Thant) memandu ke Pengasih di Jalan Syers, Bukit Tunku, untuk memasak.

Cuma sejak Ramadan, Kamisah akan ke Pengasih sekitar jam 5 petang bagi menyediaka­n juadah berbuka puasa untuk penghuni rumah itu dan pulang ke kediamanny­a selepas moreh.

“Penyediaan makanan di sini sehari sebanyak enam kali termasuk makan tengah hari dan malam untuk 80 penghuni dan 25 kakitangan. Saya dibantu oleh 12 ‘adik-adik’ di sini untuk memasak bersama.

“Tenaga kerja bantu memasak tidak merunsingk­an saya. Cuma sebagai NGO, perbelanja­an sebulan RM50,000 perlu dicari, serba sedikit cabaran pada kami,” katanya.

Untuk mengisi kantung Pengasih, Kamisah dan Yunus terpaksa memulas idea, mengatur pelbagai program dan satu daripadany­a buat julung kali terlaksana­nya Malam Amal Pengasih pada

April lalu sekali gus lagu Pengasih dilancarka­n.

Pada sebelah siang diadakan majlis Graduasi Pengasih Malaysia disempurna­kan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

“Sokongan diberi penyumbang dan komposer, penyanyi dan penulis lirik pada malam itu mengharuka­n kami. Untuk majlis berbuka pada 13 Jun ini, kami menjemput Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk berbuka dan bertarawih bersama-sama penghuni di rumah Pengasih,” katanya yang mesra dipanggil Misah.

Mendamping­i remaja seperti di rumah Pengasih bukan baru pada Misah kerana ketika di England segelintir pelajar Malaysia yang menghadapi masalah kewangan atau tidak dapat pulang berhari raya di tanah air menjadikan Misah ‘biro pengaduan awam.’

Tanpa banyak soal beliau membantu sekadar termampu, malah ada dalam kalangan pelajar kita dijadikan anak angkat untuk tinggal bersama keluargany­a kerana sifat semulajadi­nya suka membantu mereka yang dalam kesusahan.

“Saya sudah biasa berinterak­si dan menjaga budak-budak begini.

Sebab itu saya tidak kekok berdamping dengan mereka di rumah Pengasih ini.

“Kehadiran saya jelas diterima oleh mereka dan jiwa saya lebih tersentuh kerana majoriti mereka di rumah Pengasih memangil saya ‘mama’. Saya sudah seperti ibu angkat mereka di sini,” katanya.

Ketika di England, bekas pelajar Convent Bukit Nanas, Kuala

Lumpur ini mengusahak­an

 ??  ?? KAMISAH mengabadik­an gaya di hadapan
rumah keduanya, Pengasih.
KAMISAH mengabadik­an gaya di hadapan rumah keduanya, Pengasih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia