Harian Metro

TENGGELAM 15 MINIT TERASA ‘LAMA’

-

penumpang jalopy berkenaan.

Berdasarka­n radio pemandu jalopy lain yang baru tiba di tapak perkhemaha­n, semuanya selamat atas tindakan pantas penduduk kampung berhampira­n. Operasi menyelamat­kan dan mengeluark­an kenderaan bermula jam 12.30 tengah malam dan hanya berakhir dua jam kemudian.

Seorang mangsa, Bryan Sasikaran, 24, yang ditemui keesokan harinya menceritak­an kembali detik cemas itu. Menurutnya, tempoh 15 minit ketika terperangk­ap dalam arus adalah tempoh paling lama pernah dirasainya sepanjang hidup.

Tidak menafikan rasa gerun memuncak apabila pemandu hanya dikenali dengan panggilan ‘Olan’ meminta dia serta dua rakannya, Leng Wei dan Goh Sok Fang bersedia untuk menyelamat­kan diri.

“Awalnya kami mengekori kereta depan iaitu kereta pacuan empat roda berwarna putih menyeberan­gi sungai. Jarak kenderaan kami rapat dan hari makin gelap membuatkan pemandu sukar menganggar­kan kedalaman sungai yang keruh.

“Melihat kenderaan itu di depan kami selamat naik ke tebing seberang, pemandu kenderaan kami, Olan mengambil laluan sama tetapi tidak sangka tanah di tepi itu sudah berselut membuatkan kenderaan sukar gerak ke depan.

“Ketika cuba keluar situasi itu, tayar belakang kereta termasuk celah batu dan waktu itu air sudah mula masuk. Boleh dikatakan Olan pantas mengeluark­an keperluan penting selain meminta kami cuba keluar dan berpaut pada pintu.

“Lebih mencemaska­n, pintu saya dan rakan sukar dibuka dan mujurlah cubaan kali ketiga sehingga terpaksa menendang pintu sebelah menumpang membuahkan hasil. Waktu itu hanya terfikir selamatkan diri dan rakan di belakang.

“Saya berpaut pada pemegang di bahagian atas berhampira­n dengan tingkap penumpang dan berpaut sehingga sekumpulan penduduk kampung datang. Bayangkan tubuh saya yang sasa boleh terumbang-ambing dipukul arus apatah lagi rakan saya, Leng Wei dan Goh lagi sukar berdepan dengan situasi itu,” katanya.

Mengenai usaha menyelamat pasukan misi, kata Bryan, ibarat ‘man versus nature’, dia tidak menyalahka­n pemandu lain mengambil langkah

 ??  ??
 ??  ?? BRYAN dan rakannya membuat demonstras­i semula kejadian.
BRYAN dan rakannya membuat demonstras­i semula kejadian.
 ??  ?? AIR keruh dan dalam setelah hujan di hulu.
AIR keruh dan dalam setelah hujan di hulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia