Harian Metro

KERJAKAN TARAWIH DALAM ISTIRAHAT

-

kesempatan berdoa juga.

Begitupun, ketika itu masih kanak-kanak, apa yang saya doakan adalah supaya saya sentiasa dapat kawan-kawan yang baik seperti waktu itu. Waku itu saya di masjid. Saya tak tahu sama ada doa saya dimakbulka­n atau tidak ketika itu kerana saya juga tahu saya bukanlah Muslim lagi.

Alhamdulil­lah, mungkin berkat doa daripada masyarakat ketika itu, Allah campakkan hidayah Islam ke dalam diri saya. Selepas saya kembali ke fitrah, tahun pertama saya bertarawih di rumah anak-anak yatim di mana saya belajar fardu ain di situ. Seronok perasaan tersebut apabila dapat solat Tarawih berjemaah dengan anak-anak yatim.

Setahun kemudian, setelah berumah tangga saya bersama isteri bertarawih di masjid selepas berbuka puasa di rumah. Dan apabila ada ‘shooting,’ ketika menunggu ‘scene’.. saya disarankan oleh isteri saya untuk mengerjaka­n tarawih sementara menunggu. Rupanya Tarawih boleh dilakukan di mana-mana.

Pernah saya lakukan solat Tarawih 20 rakaat berserta witir ketika menunggu babak saya pula. Islam sangat mudah jika faham betul-betul. Allah nak bagi kita ganjaran jadi jangan lepaskan ganjaran tersebut.

Tarawih di mana sahabat nanti? Sekarang ada perniagaan. Bagi peniaga seperti saya, biasanya solat Tarawih di butik. Di masjid ada juga. Di rumah pun ada juga...

Kenapa tak solat di masjid? Hmmmm.. ia bagaikan bonus bagi mereka yang pada waktu malamnya tidak bekerja. Boleh bersolat Tarawih di masjid berjemaah. Ganjaran bergandaga­nda.

Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirah­at. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardu Isyak. Biasanya duduk berehat selepas mengerjaka­n empat rakaat solat Tarawih, sebelum disambung semula.

Jadi pandai-pandailah atur masa untuk solat Tarawih. Tak semestinya di masjid sahaja baru nak buat solat tarawih. Dalami maksud Ramadan dan Tarawih, barulah kita faham.

Jangan pandang sebelah mata kalau peniaga seperti kami tak pergi masjid untuk solat Tarawih. Jangan pula sampai tak buat langsung solat Tarawih yang datang setahun sekali. Solat Tarawih jemaah berdua pun okey. Namun, paling haru kalau tak pernah solat fardu sepanjang hidup.

Senyum selalu

Selalu bersangka baik Insya-Allah hati tenang

 ??  ?? SOLAT Tarawih boleh dikerjakan berjemaah atau berseorang­an
di mana-mana, pada bila-bila masa sesudah fardu Isyak.
SOLAT Tarawih boleh dikerjakan berjemaah atau berseorang­an di mana-mana, pada bila-bila masa sesudah fardu Isyak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia