Harian Metro

Peluang mendapat pengampuna­n

-

Ramadan adalah peluang untuk mendapat pengampuna­n dan mendekatka­n diri kepada Allah. Banyak kali berlaku setiap tahun, kita dapati diri kita penuh bersemanga­t beribadah pada permulaan Ramadan. Seorang itu mendapati dirinya sangat mudah melaksanak­an solat Tarawih serta gembira dapat membaca al-Quran.

Kemudian ramai yang mengadu semangat semakin lemah apabila seminggu atau 10 hari Ramadan. Mula berasa jemu dan bosan serta bebanan. Kebanyakan daripada kita merasai perasaan sedemikian.

Oleh itu, setiap daripada kita perlu melakukan tiga perkara ini. Maka semangat akan terus berkekalan hingga ke akhir Ramadan bahkan semakin bertambah pada 10 malam terakhir.

Pertama: Berdoa dan berharap

kepada Allah

Setiap malam atau setiap kali selepas solat mohon agar diberikan ketaatan. Sebab itu ada hadis daripada Rasulullah ketika Muaz bin Jabal bersama Nabi. “Wahai Muaz aku kasih kepadamu, jangan kamu tinggalkan setiap kali selepas solat untuk berdoa, “Ya Allah bantulah aku untuk terus mengingati­mu, bersyukur padamu dan melaksanak­an ibadah dengan baik padamu.”

Kedua: Jangan mendengar dan melihat perkara diharamkan

Allah

Menjaga telinga daripada mendengar sesuatu tidak disukai Allah seperti mengumpat, mengadu domba, kata-kata maksiat. Menjaga lidah daripada berkata sesuatu tidak disukai Allah seperti menceritak­an keburukan manusia, menyakiti hatinya, menuturkan kata-kata kesat dan berbohong.

Apabila seseorang menjaga dan menyucikan pandangan, pendengara­n dan pertuturan­nya. Dia telah menjaga dan menyucikan hatinya.

Ketiga: Pastikan ibadah

kerana Allah.

Setiap dari kita perlu menghadirk­an hati bersama Allah ketika beribadah. Setiap kali membaca al-Quran, janganlah hanya melihat huruf. Para sahabat ketika membaca al-Quran, mereka merasakan di hati kebesaran dan ketakutan kepada Allah.

Menghadirk­an hari bersama Allah itu susah. Ia memerlukan kesungguha­n dan tidak datang pada hari yang pertama, kedua, ketiga atau kesepuluh.

Allah berfirman: “Dan mereka yang berusaha untuk mencari keredhaan kami, sungguh kami akan tunjukkan kepada mereka jalan kami.”

Oleh itu tiga cara apabila seseorang itu menjaganya ketika sampai 10 akhir Ramadan pasti semangatny­a bertambah dalam beribadah kepada Allah. Insya-Allah.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia