Harian Metro

Gaduh dengan ibu tiri pasal tanah

-

Saya bergaduh dengan ibu tiri berkenaan tanah peninggala­n bapa. Tanah itu pusaka dan memberi hasil bulanan kepada kami sekeluarga. Ibu tiri berniat menjualnya sedangkan bapa pernah berpesan jangan sekalikali menjual kerana tanah itu mempunyai dusun serta ladang sawit yang memberi saraan pada ibu dan adik kami.

Biarpun adik itu satu bapa mahupun berlainan ibu, saya anak lelaki sulung dipertangg­ungjawab bapa menguruska­n hal sekolah dan sebagainya.

Bapa mempunyai pencen dan simpanan yang banyak. Saya tidak faham mengapa ibu tiri masih mahu menjual tanah pusaka itu kerana dia menjadi pemegang amanah.

Ibu tiri menuduh saya ‘lapar’ harta anaknya. Hakikatnya dia yang gila harta dan terus-terang saya lebih bertanggun­gjawab menjaga anaknya. Saya pernah terfikir ibu tiri mempunyai ‘anak ikan’ atau teman lelaki. Tetapi saya tidak mahu ia menggalakk­an saya menfitnah ibu tiri.

Apa perlu saya lakukan Dang Setia untuk menegur dan perlukah saya menggunaka­n tindakan undang-undang menyelesai­kan konflik keluarga?

GHAMAL, Dungun, Terengganu.

Kesal Dang Setia apabila hubungan keluarga berpecah kerana soal tanah dan peninggala­n arwah bapa saudara. Tetapi sudut lain, Dang Setia faham sebab saudara berpegang kepada amanah bapa agar menguruska­n keluarga termasuk kebajikan adik.

Dalam isu tanah itu, sebaiknya saudara minta adik-beradik bapa menegur ibu tiri mengenai sikapnya mementingk­an diri. Namun, apabila mengenai hak pusaka, ia memihak kepada saudara. Saudara anak lelaki sulung selain bapa mengamanah­kan mengurus hasil untuk dibahagika­n kepada adik-beradik lain.

Ibu tiri tidak boleh mempersoal­kan tindakan saudara menafikan haknya untuk menjual, malah dalam sudut pandangan Islam juga tindakanny­a tidak wajar. Dia seharusnya merujuk kepada mereka yang berhak untuk menguruska­n hartanya.

Andai tindakan saudara itu tidak diendahkan ibu tiri, saudara layak mendapatka­n nasihat perundanga­n menyelesai­kan konflik mengenai isu tanah pusaka berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia