Harian Metro

Bapa anggap teman lelaki tak sepadan

-

Saya mempunyai kekasih tetapi keluarga kurang berkenan kerana dia berniaga sendiri. Bapa menganggap lelaki itu tidak sepadan dengan saya. Saya berasa sikap tidak melambangk­an pandangan sebenar mengenai masa depan teman lelaki saya kerana pendapatan­nya stabil.

Dia bercadang melamar saya tahun ini. Tetapi orang tua kurang senang tindakan saya untuk hidup bersamanya. Saya bukan melihat pada harta atau pangkat, sebaliknya sikap prihatin serta tanggungja­wab membuatkan dia calon suami sesuai buat saya. Apa perlu saya lakukan Dang Setia

AINSYA Kuala Pilah, Negeri

Sembilan

Islam sudah memberi garis panduan mengenai kriteria utama dalam mencari pasangan iaitu agama dan akhlaknya. Kemudian barulah hal lain baik segi rupa mahupun keturunann­ya.

Rasulullah bersabda; “Jika datang kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanla­h ia. Jika tidak, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar.” (HR. Tirmidzi)

Dalam isu ini, sebaiknya saudari gunakan pendekatan memujuk selain cari jalan temukan orang tua dengan pasangan. Andai ciri disenangi orang tua saudari ada pada pasangan, tonjolkan.

Selain kongsikan antara daya penarik serta peribadi teman lelaki baik sesuai dijadikan pemimpin dalam keluarga. Selain itu, jelaskan kerjaya berniaga pasangan yang sudah stabil dan semestinya orang tua kena diyakinkan hal itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia