Harian Metro

HERET BAYI RAIH SIMPATI

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz azimfitri@hmetro.com.my

 Dua wanita etnik Rohingya guna anak pungut derma diselamatk­an

Dua wanita etnik Rohingya dikesan menggunaka­n anak mereka iaitu dua bayi perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki bagi meraih simpati orang ramai untuk memungut derma di bazar Ramadan Taman Kerang, di sini, kelmarin.

Aktiviti itu dikesan dilakukan mereka sejak beberapa hari lalu sebelum semua mereka termasuk dua bayi berusia 10 dan 11 bulan serta kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun diselamatk­an pegawai dan anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang.

Pengarah JKM Pahang, Zulkhairi Zainal Abidin berkata, operasi dijalankan sejak jam 6 petang itu hasil aduan orang ramai yang melihat kelibat dua wanita berusia 30-an itu mengusung anak mereka sambil meminta sedekah daripada orang ramai di bazar Ramadan.

Lebih menyedihka­n kejadian itu dilakukan dalam keadaan cuaca panas menyebabka­n orang ramai mula bersimpati dan menghulurk­an sedekah kepada mereka.

kukuh dapat dilihat dalam kalangan pembeli e-baucar sejak beberapa tahun lalu, terutama dalam kategori makanan dan minuman.

Pada 2016, daripada semua e-baucar yang dijual di pengendali pasaran dalam talian, 11street, sebanyak 37 peratus adalah bagi bufet buka puasa sempena Ramadan, berbanding hanya 12 peratus pada 2015.

Malah, sejak 2015, pengguna 11street sudah membeli e-baucar yang terdiri daripada baucar KFC untuk hidangan bufet.

Justeru,

Ramadan kali ini, nikmati pelbagai pilihan makanan untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan dan keluarga di hotel terkemuka seperti Swiss

Garden Hotel dan Pullman Hotel di Bangsar atau Pusat

“JKM menyelamat­kan mereka untuk mengelakka­n wanita itu terus mengambil kesempatan ke atas orang ramai dengan menggunaka­n bayi dan kanak-kanak.

“Semua mereka diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Difahamkan aktiviti mengemis dan meminta sedekah itu mula menarik perhatian warga asing disebabkan kawasan bazar Ramadan itu menjadi tumpuan orang ramai di bandar Kuantan.

Sementara itu, menurut peniaga di bazar Ramadan Taman Kerang, Mohamad Hanif Sabtu, 32, kegiatan meminta sedekah semakin menjadi-jadi di kawasan itu selepas memasuki hari ketujuh umat Islam berpuasa.

“Ada bermacam cara mereka gunakan, ada yang menjual tisu dan ada yang duduk di satu tempat sambil menadah bekas meraih simpati orang ramai untuk memberikan sedekah kepada mereka,” katanya. Mohamad Hanif mendakwa kebanyakan pengemis di kawasan bazar itu tidak duduk lama dan hanya mengambil masa sejam hingga dua jam sebelum berpindah ke kawasan lain.

Dia turut mengharapk­an operasi membantera­s pengemis dan peminta sedekah diperhebat­kan pihak berkuasa bagi mengelakka­n orang ramai terpedaya dengan taktik pengemis yang mengambil kesempatan ke atas kemurahan hati umat Islam ketika Ramadan.

 ??  ?? PAKAIAN raya boleh dibeli secara dalam talian. TUPPERWARE berisi kurma.
PAKAIAN raya boleh dibeli secara dalam talian. TUPPERWARE berisi kurma.
 ??  ?? PEGAWAI dan anggota JKM Pahang menyelamat­kan wanita Rohingya dan anak mereka daripada melakukan aktiviti meminta sedekah di bazar Ramadan Taman Kerang, Kuantan.
PEGAWAI dan anggota JKM Pahang menyelamat­kan wanita Rohingya dan anak mereka daripada melakukan aktiviti meminta sedekah di bazar Ramadan Taman Kerang, Kuantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia