Harian Metro

SAMBUTAN MERIAH

- Faliq Lajim hmetroshah­alam@ hmetro.com.my

 Fiesta Muslimah Berita Harian 2017 tampilkan lebih 100 pengusaha, vendor

Fiesta Muslimah Berita Harian 2017 (FMBH17) yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, sejak kelmarin mendapat sambutan meriah dengan kehadiran orang ramai yang membuat persiapan Aidilfitri.

Tinjauan mendapati lebih 100 pengusaha dan vendor tempatan menjual pelbagai jenis barangan terutama makanan serta koleksi pakaian kepada pengunjung.

Usahawan butik pakaian, Zafarisha Yaakub, 42, yang kali pertama menyertai festival seumpama itu menggangap penganjura­n acara berkenaan dapat memartabat­kan lagi industri tempatan dan fesyen muslimah.

“Orang ramai kini sudah mula sibuk membuat persiapan raya dengan membeli pakaian dan kuih raya.

“Ia kesempatan terbaik kepada usahawan menawarkan produk terbaik mereka. Saya juga menawarkan potongan sehingga 20 peratus untuk mana-mana pakaian terpilih,” katanya ketika ditemui Metro Ahad. Semalam, FMBH17 yang berkonsepk­an pasar lokal itu disempurna­kan Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Datuk Abdul Jalil Hamid.

Fiesta kali ketiga yang dibuka dari jam 9 pagi hingga 12 tengah malam akan berakhir hari ini.

Bagi Pengurus Forget Me Not Cakes, Nur Azlinda Abd Satar, 27, berkata dia menggunaka­n peluang itu untuk membantu menjual kek mentega istimewa resepi ibunya.

“Walaupun fiesta ini dianggap seperti acara menjual pakaian, ia amat lengkap bagi mereka yang mahu membuat persiapan raya termasuk hidangan pada Syawal nanti.

“Kek kami dibuat secara asli tanpa ramuan pengawet dan ia boleh digunakan sehingga 11 hari,” katanya yang menyediaka­n lebih 400 kek mentega dan buah dalam tempoh sebulan.

Sementara itu, pengunjung, Fatin Nurshazwan­i Mohd Razuki, 28, berkata fiesta berkenaan disifatkan berjaya kerana menyediaka­n pelbagai pilihan menarik kepada orang ramai.

 ??  ?? ABDUL Jalil (dua dari kiri) bersama Pengarang Kumpulan BH Datuk Mahfar Ali, (tiga dari kanan) dan Timbalan Pengarang Kumpulan BH Datuk Badrulhish­am 0thman (dua dari kanan) pada majlis pelancaran FMBH17 di SACC, semalam.
PENGUNJUNG tidak melepaskan...
ABDUL Jalil (dua dari kiri) bersama Pengarang Kumpulan BH Datuk Mahfar Ali, (tiga dari kanan) dan Timbalan Pengarang Kumpulan BH Datuk Badrulhish­am 0thman (dua dari kanan) pada majlis pelancaran FMBH17 di SACC, semalam. PENGUNJUNG tidak melepaskan...
 ??  ??
 ??  ?? PERTUNJUKA­N fesyen daripada Siti Khatijah pada FMBH17.
PERTUNJUKA­N fesyen daripada Siti Khatijah pada FMBH17.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia