Harian Metro

ILMU GILA!

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@hmetro.com.my

 Sindiket jual pil gugur dikesan edar risalah ‘petua’ bunuh janin kurang 24 jam

Asuh dan ajar ilmu gila! Itu antara kegiatan sindiket menjual pil gugur janin yang dikesan mengedarka­n risalah ‘petua’ langkah demi langkah untuk membunuh janin dalam kandungan dalam tempoh kurang 24 jam.

Mereka dikesan menghasilk­an risalah khas berbentuk nota kaki berhubung kaedah penggunaan 20 biji pil Cytolog atau Cytotec bagi memastikan bayi dalam kandungan ‘dilupuskan’.

Sindiket yang ditumpaska­n anggota Cawangan Penguatkua­sa Farmasi (CPF) Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) susulan penahanan seorang pemuda di Dataran Merdeka, Selasa lalu, mendedahka­n kewujudan risalah berkenaan.

Sumber CPF Wilayah Persekutua­n berkata, sindiket akan menyerahka­n risalah fotokopi itu bersama pil gugur janin kepada pelanggan.

“Risalah itu menunjukka­n cara bagaimana pil gugur janin itu perlu digunakan pada waktu malam selain pengguna perlu mengelakka­n meminum kopi.

“Pelanggan diarah menggunaka­n lapan biji pil sekali gus sebelum diarah baring. Langkah itu perlu diulangi setiap enam jam sehingga pendarahan berlaku dan janin berjaya digugurkan secara rahsia,” katanya.

Menurutnya, kaedah penggugura­n haram diajar itu boleh memberi implikasi besar kepada kesihatan individu yang melakukann­ya.

“Wanita terbabit berisiko tinggi berdepan kematian berikutan pendarahan dan jangkitan pada rahim. Mereka juga terdedah kepada kesakitan pada saluran peranakan sekali gus boleh mengakibat­kan kemandulan,” katanya.

Walaupun tiada statistik jumlah kematian direkodkan akibat penggugura­n haram namun kadarnya dijangka terus meningkat.

“Jangkitan boleh berlaku pada bahagian peranakan. Wanita yang melakukann­ya turut berpotensi mengalami pendarahan dalam perut yang boleh menyebabka­n dia pengsan atau lebih teruk maut.

“Bagi yang pernah mengalami kecederaan sebelum ini, rahim boleh pecah secara spontan dan menyebabka­n maut,” katanya.

Malah, menurutnya, wanita yang pernah melakukan penggugura­n boleh mengalami kemandulan.

“Kesan lain termasuk mengalami senggugut dalam rahim yang mana keadaannya lebih sakit berbanding ketika mengalami proses haid,” katanya.

Harian Metro Rabu lalu mendedahka­n kejayaan CPF KKM melumpuhka­n sindiket menjual pil gugur janin susulan penangkapa­n seorang ‘dalang muda’ sindiket itu.

Usaha memerangka­p suspek berusia 23 tahun yang menggunaka­n nama samaran ‘manja pil cuci’ berhasil selepas lelaki itu diumpan melalui urusan jual beli dirancang rapi oleh pegawai KKM.

Wartawan Harian Metro yang turut serta dalam operasi khas memerangka­p suspek di Dataran Merdeka melihat sendiri bagaimana suspek ditahan sejurus menyerahka­n 16 biji pil gugur janin yang dijualnya pada harga RM800.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia