Harian Metro

TUBUH DIPENUHI BENJOLAN ‘Sampai masa saya jaga Yong pula...’

- Muhammad Apendy Issahak apendy@hmetro.com.my

 Norhamizan alami penyakit misteri kini tidak boleh bergerak kerana tulang belakang bengkok

Selepas lebih 30 tahun mengalami penyakit misteri ditumbuhi ribuan benjolan pada seluruh tubuh termasuk muka hingga ada yang menggelarn­ya

(makhluk asing), Norhamizan Ramli, 53, kini diuji pula dengan penderitaa­n tidak mampu bergerak susulan tulang belakangny­a membengkok dan kakinya lemah.

Bekas pekerja kilang itu hanya terlantar di katil rumahnya di Taman Makmur, di sini, sejak Januari lalu sambil mengharapk­an bantuan adik saudaranya untuk membantu menjalani rutin harian termasuk mandi dan makan kerana pergerakan­nya kian terbatas.

Lebih parah apabila pernafasan dan selera makannya turut terganggu menyebabka­n saluran pernafasan serta makan menjadi sempit akibat berlaku benjolan dalaman, sekali gus mengakibat­kan tubuhnya susut serta kesihatann­ya merosot.

Norhamizan lebih mesra dengan panggilan Yong berkata, dia menyedari mula mengalami penyakit misteri itu sejak usia belasan tahun namun hanya satu benjolan kecil di muka yang tidak menyakitka­n.

“Bila umur meningkat, benjolan semakin banyak dan pada usia 30-an, seluruh tubuh saya dipenuhi benjolan kecil dan besar, tetapi saya tidak rasa sakit dengan benjolan itu.

“Benjolan yang tumbuh hanya seperti lebihan daging dan sudah puas saya berubat sama ada di hospital mahupun tradisiona­l namun tiada siapa tahu apa sebenarnya penyakit yang saya alami,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurutnya, disebabkan penyakit itu, dia menjadi perhatian termasuk rakan sekerja yang hairan dengan keadaan kulitnya yang menggerutu hingga mendatangk­an rasa tidak selesa orang yang melihatnya.

“Macam-macam orang mengata, ada yang positif dan negatif termasuk menggelar saya atau makhluk asing, namun saya tiada jawapan untuk pertanyaan mengenai penyakit misteri ini kerana doktor pakar pun tidak tahu apa punca sebenar penyakit itu.

“Ada doktor mengatakan ia mungkin penyakit keturunan, tetapi setahu saya ibu bapa serta keluarga lain tidak mengalami penyakit kulit ini,” katanya.

Yong berkata, lama-kelamaan dia reda dan menerima keadaan dirinya, namun kini dia diuji pula tidak mampu lagi bergerak kerana kedua-dua kakinya lemah mungkin berpunca daripada kecederaan dialami akibat jatuh tangga di tempat kerja.

“Ketika saya berusia 48 tahun, saya terjatuh tangga di kilang menyebabka­n patah

Sungai Siput: “Sejak saya berusia lapan tahun, Yong yang jaga saya. Dia sudah seperti ibu saya sendiri dan kini masa bagi saya pula untuk menjaganya,” kata Norhidayah Samsudin, 29.

Norhidayah adalah adik saudara kepada Norhamizan Ramli, 53, atau lebih mesra dipanggil Yong yang kini terlantar akibat penyakit kulit dan tulang belakang bengkok sejak Januari lalu.

Menurut Norhidayah, dia juga berhenti kerja di sebuah pasar raya, Februari lalu, untuk menjaga kakak saudaranya itu yang tidak boleh berjalan dan memerlukan bantuan untuk makan, mandi dan tulang pinggul dan retak bahu kanan hingga terpaksa berhenti kerja, tetapi ketika itu walaupun banyak berbaring di atas katil, saya masih mampu bergerak dan melakukan kerja ringan. pelbagai lagi rutin harian.

“Ketika Yong hanya alami sakit kulit, dia mampu bekerja, tetapi sejak dia terjatuh tangga, kesihatann­ya semakin merosot hingga tidak mampu berjalan. “Yong kini hanya bergantung harap dengan saya, namun apa yang menyedihka­n dia tiada selera makan, menyebabka­n kesihatann­ya semakin teruk termasuk kurang darah serta sering sesak nafas,” katanya.

Menurutnya, susulan tidak lagi bekerja, dia dan Yong menyara kehidupan harian dengan pencen ilat Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) sebanyak RM1,026 sebulan.

“Bagaimanap­un mungkin akibat kecederaan yang saya alami dan sering berbaring mengakibat­kan tulang belakang semakin membengkok serta kini semakin parah hingga tidak mampu lagi berjalan,” katanya.

Menurutnya, dia sudah habis ikhtiar untuk merawat penyakitny­a itu dan kini hanya mampu berserah kepada takdir serta berharap bantuan dan ihsan daripada pelbagai pihak bagi membantu beban yang ditanggung.

 ?? FOTO: MUHAIZAN YAHYA ?? NORHAMIZAN menghidap penyakit misteri sejak 30 tahun lalu.
FOTO: MUHAIZAN YAHYA NORHAMIZAN menghidap penyakit misteri sejak 30 tahun lalu.
 ??  ?? NORHIDAYAH
NORHIDAYAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia