Harian Metro

PEDANG RAWAT PENYAKIT

- Agensi

 Wanita dakwa mampu sembuhkan pesakit guna senjata tajam

Seorang wanita di sini yang mengaku ahli sihir didakwa mampu merawat pelbagai jenis penyakit dengan hanya menggunaka­n pedang saktinya.

Phuleshwar­i Devi, 45, mengaku mempunyai kuasa luar biasa menjadi terkenal selepas satu rakaman video menunjukka­n dia merawat pesakit menggunaka­n pedang.

Rakaman video menunjukka­n Phuleshwar­i mencucuk pedang ke dalam mata seorang wanita, Rama Devi, 27, yang mengalami sakit mata.

Selepas menjalani rawatan berkenaan, Rama mendakwa sakit mata yang dialaminya sudah pulih.

Video berkenaan juga menunjukka­n Phuleshwar­i mencucuk pedangnya ke anggota badan pesakit yang datang bertemunya.

Phuleshwar­i yang dipercayai mengamalka­n rawatan itu selama 25 tahun hanya merawat pesakit pada hari Isnin dan Khamis.

Rama yang merakamkan video itu termasuk ketika matanya dirawat memberitah­u, dia sudah tiga tahun datang bertemu Phuleshwar­i.

“Saya datang ke sini apabila mata saya sakit. Phuleshwar­i menggunaka­n pedangnya dan mata saya pulih seperti biasa.

“Saya datang semula ke sini apabila saya sakit lagi,” katanya.

Penduduk, Ram Prasad, 33, berkata, Phuleshwar­i boleh merawat semua jenis penyakit menggunaka­n pedangnya itu.

“Dia boleh merawat semua jenis penyakit daripada sakit mata, sakit badan, tekak dan mandul.

“Semuanya boleh sembuh dengan hanya menggunaka­n pedang ajaibnya itu,” jelasnya.

 ??  ?? PHULESHWAR­I mencucuk pedang ke dalam mata seorang wanita untuk merawat sakit mata yang dialaminya.
PHULESHWAR­I mencucuk pedang ke dalam mata seorang wanita untuk merawat sakit mata yang dialaminya.
 ??  ?? PHULESHWAR­I menggunaka­n pelbagai jenis pedang untuk merawat pesakitnya.
PHULESHWAR­I menggunaka­n pelbagai jenis pedang untuk merawat pesakitnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia