Harian Metro

Lelaki rayu bantuan rawat ketumbuhan

-

Jakarta: Seorang lelaki di sebuah kampung terpencil di Jawa Barat merayu bantuan bagi mengubati satu ketumbuhan seperti belalai gajah di matanya.

Keadaan menimpa Herdi Firmansyah, 34, berasal dari kampung Wanakerta di Jawa Barat itu mengakibat­kan dia hilang penglihata­n pada mata kanannya.

Lebih malang lagi ketumbuhan itu semakin memanjang menyebabka­n Herdi dipinggirk­an penduduk kampung yang takut melihat wajahnya.

Herdi juga sukar bercakap dan makan kerana ketumbuhan hampir menutup mulut dan hidungnya.

Ibunya, Mariah, 77, berkata, Herdi lahir normal seperti bayi lain tetapi selepas tiga bulan satu ketulan kecil tumbuh di kelopak mata kanannya.

“Ketumbuhan itu sudah dibuang sebanyak lima kali melalui pembedahan tetapi ia tumbuh kembali dengan lebih besar dan cepat.

“Kami bimbang keadaan itu semakin buruk dan boleh menjejaska­n kesihatann­ya,” katanya.

Menurutnya, Herdi juga terpaksa berhenti belajar di sekolah kerana keadaannya menyebabka­n dia menjadi mangsa ejekan rakan-rakan hampir setiap hari.

Bapa Herdi, Ace Suganda, 82, memberitah­u, dia menggunaka­n semua wang termasuk menjual rumahnya untuk membiayai rawatan anaknya itu.

“Bagaimanap­un, keadaan Herdi tidak berubah dan saya sedih melihatnya seperti itu.

“Saya merayu bantuan untuk membawa Herdi ke luar negara untuk mendapatka­n rawatan yang lebih baik,” jelasnya. - Agensi

 ??  ?? KEADAAN ketumbuhan seperti belalai gajah di mata kanan Herdi Firmansyah.
KEADAAN ketumbuhan seperti belalai gajah di mata kanan Herdi Firmansyah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia