Harian Metro

PENYERANG MISTERI

 Polis Filipina masih belum kenal pasti identiti suspek serang kasino

-

Pihak berkuasa Filipina semalam masih belum mengenal pasti identiti lelaki yang menyerang dan membakar sebuah kasino di sini yang menyebabka­n 37 orang terbunuh.

Lelaki bertopeng menyerbu kasino Resorts World dan hotel kelmarin dengan bersenjata­kan raifal automatik M4 dengan sebotol petrol sebelum membakar sebuah bilik.

Seramai 37 maut dalam kebakaran dan berpuluh lagi cedera dalam rempuhan. Penyerang ditemui mati lima jam kemudian dengan membakar diri.

Kumpulan Daish mengaku melancarka­n serangan itu tetapi pihak berkuasa Filipina menafikan dakwaan itu.

Pihak berkuasa

Filipina semalam menegaskan bahawa seorang lelaki yang mengalami masalah mental cuba melakukan cubaan rompakan secara solo.

“Daish mengaku melancarka­n

serangan tetapi berdasarka­n bukti ia tidak benar.

“Bukti pada masa ini menunjukka­n tindakan itu dilakukan oleh orang yang mengalami gangguan emosi yang terbabit dengan jenayah,” kata jurucakap kerajaan, Ernesto Abella.

Bagaimanap­un, Ketua Polis Manila, Oscar Albayalde semalam memberitah­u, polis masih belum mengenal pasti identiti penyerang itu.

“Kami melakukan apa yang mampu untuk mengenal pasti identiti penyerang ini dan memastikan keselamata­n rakyat,” katanya.

Albayalde juga menambahka­n kekeliruan terhadap kenyataan pihak berkuasa apabila berkata, polis percaya penyerang datang ke kasino berkenaan dengan menaiki teksi.

“Kami kini mencari pemandu teksi itu yang mungkin mampu mengenal pasti suspek,” jelasnya.

Albayalde dan beberapa pegawai polis kelmarin memberitah­u rakaman kamera keselamata­n menunjukka­n lelaki itu memandu sebuah kereta dan meletakkan kenderaann­ya di tempat letak kereta di kasino.

“Rakaman kamera keselamata­n menunjukka­n lelaki itu meletakkan keretanya sebelum mengeluark­an senjata dan terus masuk ke bangunan kasino,” katanya dalam sidang media selepas serangan berkenaan.

 ??  ?? SEORANG pengawal keselamata­n
berkawal di hadapan kasino Resorts World di Pasay City, Metro
Manila, semalam. - Reuters
SEORANG pengawal keselamata­n berkawal di hadapan kasino Resorts World di Pasay City, Metro Manila, semalam. - Reuters
 ??  ?? kamera GAMBAR dari keselamata­n menunjukka­n
lengkap penyerang yang dengan raifal automatik
- Reuters masuk ke kasino.
kamera GAMBAR dari keselamata­n menunjukka­n lengkap penyerang yang dengan raifal automatik - Reuters masuk ke kasino.
 ??  ?? AHLI keluarga mangsa melihat lilin dan bunga yang diletakkan di hadapan bangunan Resorts World di Manila, semalam. - EPA
AHLI keluarga mangsa melihat lilin dan bunga yang diletakkan di hadapan bangunan Resorts World di Manila, semalam. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia