Harian Metro

BUKTIKAN BOLEH!

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

 Soon Huat-Shevon beraksi final Terbuka Thailand hari ini

Beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie berpeluang melakar sejarah peribadi untuk memenangi saingan bertaraf Grand Prix (GP) Emas sulung mereka apabila beraksi di final Terbuka Thailand hari ini.

Pasangan negara itu menempah tiket perlawanan akhir selepas menewaskan lawan dari Thailand Dechapol Puavaranuk­roh-Sapsiree Taerattana­chai di separuh akhir semalam.

Soon Huat-Shevon bagaimanap­un perlu bekerja keras sebelum mencatat kemenangan 21-19, 19-21, 21-17 dalam tempoh satu jam enam minit.

Mereka akan membuat perhitunga­n dengan lawan dari China He Jiting-Du Yue pada aksi final hari ini.

“Saya sangat berpuas hati dengan prestasi permainan hari ini (semalam). Kami turun beraksi tanpa sebarang tekanan.

“Hanya mahu lakukan yang terbaik dan Soon Huat juga beraksi dengan baik.

“Untuk esok (hari ini), kami tidak mahu terlalu meletakkan tekanan ke atas diri sendiri kerana hanya akan menjejaska­n rentak permainan,” katanya.

Pencapaian terbaik pernah dilakar sejak Soon Huat-Shevon digandingk­an adalah memenangi Cabaran Antarabang­sa Malaysia serta GP Scotland tahun lalu. Sementara itu, pemain perseorang­an lelaki negara Soong Joo Ven gagal meneruskan rentak kemenangan apabila tewas pada aksi separuh akhir semalam.

Joo Ven nyata tidak mempunyai jawapan untuk mematikan langkah lawannya dari Indonesia yang juga pilihan keempat kejohanan Jonatan Christie 9-21, 18-21.

“Saya tidak beraksi baik hari ini (semalam). Saya rasa bulu tangkis lebih laju berbanding semalam (kelmarin).

“Apapun saya tetap berasakan pengalaman bermakna bertemu pemain sehebat Jonatan.

“Secara keseluruha­n saya amat berpuas hati dengan pencapaian di sini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia