Harian Metro

Kak Ya tekad pecah rekod kebangsaan

-

Kuala Lumpur: Atlet olahraga Noor Shahidatun Nadia Mohammad Zuki

(gambar) mengintai peluang untuk memecahkan rekod kebangsaan acara lompat jauh wanita pada Kejohanan Olahraga Kosanov Memorial di Almaty, Kazakhstan, hujung bulan depan.

Anak jati Kedah itu yang lebih mesra dengan panggilan ‘Kak Ya’ dalam kalangan rakannya, berkata sudah bersedia untuk memecahkan rekod lompatan sejauh 6.29 meter yang dilakar Noor Amira Mohamad Nafiah pada Kejohanan Olahraga Asia 2015 di Wuhan, China.

“Catatan peribadi saya adalah 6.24m, jadi jaraknya tidak berapa jauh dengan rekod kebangsaan. Jika saya gagal pada Kejohanan di Kazakhstan, saya masih berpeluang memecahkan rekod kebangsaan pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia, bulan depan di sini,” katanya.

Dalam pada itu, Noor Shahidatun tidak meletakkan sebarang sasaran khusus pada penyertaan sulungnya pada Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur, Ogos ini yang menyaksika­nnya mengambil bahagian dalam dua acara - lompat jauh dan lompat kijang - bersama atlet pelapis kebangsaan R Kirthana.

Dia tidak menyertai edisi 2013 di Myanmar kerana kecederaan buku lali dan terpaksa melupakan sainga di Singapura dua tahun lalu kerana menjalani rawatan pemulihan di China.

“Tiada tekanan untuk saya kerana KOM (Kesatuan Olahraga Malaysia) tidak meletakkan sebarang sasaran untuk saya kecuali menyasarka­n yang terbaik.

“Kedudukan podium mungkin sukar kerana saya difahamkan atlet handalan Indonesia, Filipina dan Vietnam akan turut menyertai Sukan SEA ini,” katanya. - BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia