Harian Metro

ZULFADLI BELUM TARAF DUNIA

-

Pejam celik tinggal kira-kira dua bulan sebelum bermulanya temasya Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur. Nampaknya segala persiapan sedang giat dilakukan, baik di pihak atlet mahupun di bahagian pengurusan.

Tidak ketinggala­n Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang saya difahamkan akan mengadakan mesyuarat Kejurulati­han dan Latihan (C&T) Khamis depan bagi memutuskan senarai nama pemain yang mewakili negara untuk temasya sukan terbesar dunia itu.

Tapi sebelum itu saya ada membaca laporan akhbar mengenai hasrat pemain perseorang­an negara Zulfadli Zulkiffli yang memilih untuk beraksi di Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland berbanding Sukan SEA.

Ini kerana, tarikh kedua-duanya bertindih sesama sendiri dan Zulfadli pula layak secara merit ke Kejohanan Dunia.

Persoalan saya kenapa dia memilih Kejohanan Dunia? Benar, saingan itu pastinya jauh lebih berprestij daripada Sukan SEA tetapi sebelum membuat sebarang keputusan sepatutnya Zulfadli memikirkan beberapa perkara.

Bukan saya nak cakap apa, andai dia beraksi di Kejohanan

(gambar)

Dunia sekalipun boleh melangkah sejauh mana? Saya tidak fikir Zulfadli mampu melangkah ke suku, separuh akhir atau apa lagi ke pentas final.

Sebab prestasi semasa jelas menunjukka­n dia belum mencapai tahap tertinggi itu.

Malah saya fikir peluangnya untuk melepasi pusingan awal juga penuh ranjau berduri. Untuk saya, jika setakat beraksi di Kejohanan Dunia tetapi tersingkir awal, itu adalah amat merugikan.

Sebab itu saya lebih gemar melihatnya beraksi di Sukan SEA.

Temasya Sukan SEA kali ini berlangsun­g di Kuala Lumpur dan sepatutnya setiap atlet negara termasuk Zulfadli memanfaatk­an peluang dan berbangga beraksi di halaman sendiri.

Malah dia berpeluang untuk membuktika­n kepada semua penyokong tempatan serta pengkritik­nya selama ini dengan berusaha memenangi emas.

Bagi saya untuk pemain di tahap Zulfadli, dia wajar memburu emas Sukan SEA berbanding Kejohanan Dunia.

Sebab apabila anda sudah menguasai peringkat Asia Tenggara, baru anda akan dihormati apabila beraksi di pentas lebih tinggi.

Mungkin ada yang menganggap saingan Sukan SEA sebagai kelas kedua berbanding Kejohanan Dunia. Tapi anda lihat bagaimana serius Indonesia dan Thailand menghantar pasukan terbaik di temasya dwitahunan itu.

Sebab mereka sedar Sukan SEA adalah pentas terbaik untuk mengembang­kan bakat barisan pemain muda mereka.

Saya tidak terkejut andai Thailand mahupun Indonesia menguasai acara badminton kali ini. Harap Zulfadli memikirkan semula keputusann­ya itu.

Di kesempatan ini juga sa-

 Dia lebih sesuai untuk Sukan SEA, rugi

tersingkir awal di Glasgow

ya berharap barisan atlet negara lain sudah melakukan persiapan cukup rapi bagi menghadapi Kuala Lumpur 2017.

Tidak banyak yang boleh dilakukan dalam tempoh kira-kira dua bulan sebelum berlangsun­gnya saingan itu tapi setidak-tidaknya mereka boleh memperbaik­i beberapa kelemahan kecil.

Sebagai bekas atlet, sudah pasti saya juga ternanti-nantikan temasya sukan terbesar di Asia Tenggara ini. Harapan saya sudah tentunya mahu melihat Malaysia muncul juara keseluruha­n. Malaysia Boleh! Jumpa lagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia