Harian Metro

BERGURU DENGAN ‘KUASA GINSENG’ “S

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

aya perlu akui lawan pedang terlalu kerdil di Malaysia jika dibandingk­an dengan sukan lain seperti badminton dan olahraga.

Namun pada masa sama, saya percaya lawan pedang mampu menjadi sukan utama yang akan menjadi kegilaan masyarakat di Malaysia serta mampu menyumbang pingat di pentas Olimpik suatu hari nanti.

Ia tidak mustahil dengan peranan aktif semua pihak terbabit dalam sukan ini selain perancanga­n teratur serta pelaburan, kejayaan akan mampu dihasilkan atlet negara.

Sukan trek berbasikal sudah membuktika­n bagaimana pelumba negara dihantar ke Australia, salah satu negara yang dominan dalam acara trek, untuk berlatih dan menyertai kejohanan SOALAN: Natasha Ezzra Abu Bakar memang tidak dinafikan antara sandaran negara untuk meraih pingat di Sukan SEA 2017 nanti. Bagaimana anda selaku atlet senior melihat perkembang­an sukan lawan pedang di Malaysia dan masa depannya.

 Natasha yakin Korea Selatan terbaik buat atlet

pedang selepas kejayaan basikal di Australia

sehingga berjaya melahirkan seorang juara dunia, Azizulhasn­i Awang.

Begitu juga saya percaya dengan sukan lawan pedang, kita turut mampu muncul juara dunia dan menggegar di pentas antarabang­sa.

Tidak perlu ke Eropah, cukup sekadar berguru di Korea Selatan kerana mereka sudah membuktika­n dengan mampu bergelar jaguh dunia dan Asia. Mereka mempunyai kemudahan Muhammad Ezzat Mustapa

Kluang, Johor

yang banyak dalam sukan ini.

Setiap sekolah di Korea Selatan mempunyai tempat latihan untuk lawan pedang. Berbeza dengan situasi di Malaysia yang amat terhad pendedahan­nya.

Malah pada suatu masa, sukan lawan pedang hanya wujud di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Sultan Ismail sebelum berkembang. Kini sudah wujud banyak kelab lawan pedang di sekitar Kuala Lumpur.

Bagaimanap­un saya sedar ia bukan sesuatu yang mudah untuk membolehka­n seseorang meminati sukan ini. Sebagai atlet kebangsaan, saya serta rakan sepasukan perlu melakar kejayaan bagi mencetuska­n minat masyarakat.”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia