Harian Metro

LES BLEUS MENGGANAS

-

Dembele. Jaringan keduanya adalah menerusi tandukan selepas menyambut hantaran Dmitri Payet sebelum melengkapk­an hatrik menerusi hantaran cantik daripada pemain gantian Lucas Digne pada separuh masa kedua.

“Ia sesuatu yang bagus, saya mendapat sokongan hebat daripada rakan sepasukan. Saya membantu menyempurn­akan tugas dan gembira kerana ia adalah ganjaran kerja berpasukan,” kata Giroud.

Deschamps ternyata lebih berpuas hati dengan aksi pasukannya.

“Penyerang kami menjaringk­an gol, ia sesuatu yang bagus. Kini kami akan tampil dengan aksi berbeza menjelang pertemuan de- ngan Sweden.”

Mengenai aksi Giroud, Deschamps berkata: “Dia penyerang terbaik kami. Dia terus memburu gol dan jika tidak menjaringk­an gol, Giroud membantu yang lain melakukann­ya.

“Malah dia menampilka­n aksi sebegini biarpun berdepan musim sukar di kelabnya.”

Sewaktu menilai mengenai cabaran di Stockholm minggu depan Deschamps berkata: “Ketika kami berdepan pasukan berada di belakang, keputusan lebih baik akan meletakkan kami dalam situasi terbaik layak ke Piala Dunia.”

Selepas lima aksi kelayakan Piala Dunia 2018 di Russia, Perancis mendahului Kumpulan A dengan 13 mata, tiga mata mendahului Sweden di tempat kedua manakala Bulgaria mengumpul sembilan mata, ketiga dan Belanda tujuh mata, keempat.

Selepas aksi bertemu Sweden, Perancis dijangka bertemu England dalam perlawanan persahabat­an di Paris pada 13 Jun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia