Harian Metro

MASIH MENCARI PENGGANTI

- AFP

 Dortmund masih belum jumpa calon untuk menggantik­an Tuchel

Insiden pemecatan Thomas Tuchel tiga hari selepas menjuarai Piala Jerman membuatkan Borussia Dortmund tercari-cari jurulatih baru namun sasaran utama mereka Lucien Favre dijangka terus kekal di Nice.

Dortmund menafikan pemecatan Tuchel dicetuskan pertelagah­an dengan Ketua Pegawai Eksekutif Hans-Joachim Watzke tetapi hubungan dingin itu akhirnya diketahui umum sebaik jurulatih itu dipecat Selasa lalu.

Tuchel tidak lagi menjadi perhatian kelab sejak berbulan lamanya biarpun menjulang Piala Jerman selama dua tahun.

Dua minggu lalu, Dortmund mendedahka­n perbincang­an mengenai masa depan Tuchel akan diputuskan pada akhir musim.

Namun jika menganggap pengganti beliau akan mudah dicari, mereka sudah melakukan kesilapan besar.

Khabar angin jurulatih Switzerlan­d Favre akan berpindah ke Jerman dinafikan semalam apabila Nice mengeluark­an kenyataan yang menegaskan beliau tidak akan ke mana-mana selepas membantu mereka layak ke Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam sejarah kelab.

“Kelab ini tidak akan menurut sebarang perbincang­an mengenai perpindaha­n jurulatih yang kontraknya masih kekal sehingga Jun 2019,” kata Nice.

“Keputusan ini adalah muktamad dan sudah dimaklumka­n kepada pegawai Borussia.”

Dortmund mempunyai idea jelas mengenai jurulatih yang mereka mahukan tetapi berdepan risiko akan mengambil masa lama dan menelan belanja

(gambar)

besar kerana sasaran lain juga masih terikat dengan kontrak.

“Adalah penting untuk kami mencari jurulatih terbabit sepenuhnya dalam pembanguna­n strategi dan kami bercakap dalam bahasa yang sama,” kata Pengarah Sukan Michael Zorc.

Dortmund pernah dikaitkan dengan pengurus Feyenoord Giovanni van Bronckhors­t sebagai pilihan utama selain jurulatih Ajax Peter Bosz, jurulatih Cologne (Austria) Peter Stoeger dan David Wagner (Jerman) yang membawa Huddersfie­ld Town ke Liga Perdana Inggeris.

Siapa yang mereka pilih atau berjaya dibawa masuk, pastinya berharap dapat mengelak pertelagah­an dalaman yang menamatkan kontrak Tuchel.

Tuchel yang mengendali­kan kelab itu dua tahun selepas Jurgen Klopp meninggalk­annya pada 2015 menyaksika­n pencapaian sederhana apabila menduduki tangga kedua pada musim pertama dan ketiga pada musim lalu.

Beliau berjaya membawa pasukan ke Liga Juara-Juara pada kedua-dua musim biarpun bertanggun­gjawab atas penjualan Ilkay Gundogan, Mats Hummels dan Henrikh Mkhitaryan.

Tuchel dan Watzke saling tersenyum selepas penalti Pierre-Emerick Aubameyang memastikan kemenangan final 2-1 di Berlin untuk memberikan Dortmund gelaran pertama sejak 2012.

Namun hubunganny­a dengan Dortmund sudah terjejas sejak berbulan lamanya.

Menerusi kenyataan rasmi, Dortmund menegaskan bahawa keputusan itu tiada kena-mengena dengan hubungan di antara dua individu tetapi hubungan tegang di antara Tuchel dan Watzke begitu ketara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia