Harian Metro

‘DOSA BESAR’

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

 Tindakan Farizal boleh menyebabka­n dia digantung seumur hidup jika merujuk kes Halim

Tindakan penjaga gol Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Mohd Farizal Marlias mempersoal dan menolak pengadil ketika aksi separuh akhir kedua Piala AFC boleh menyebabka­n dia digantung seumur hidup seperti mana berlaku kepada bekas penjaga gawang Kelantan, Halim Napi pada 1997.

Biarpun pentas saingan dilihat berbeza dengan Halim melakukan tindakan mempertika­ikan keputusan pengadil tanpa ada sentuhan fizikal dalam aksi antara Perak dan Kelantan di Ipoh pada 5 Ogos 1997, dia tetap didapati bersalah oleh Jawatankua­sa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang kemudianny­a menjatuhka­n hukuman gantung seumur hidup ke atasnya.

Menurut bekas Pengerusi Jawatankua­sa Tatatertib FAM yang enggan namanya disiarkan, Farizal mungkin boleh dikenakan hukuman sama seperti Halim kerana jelas sekali tindakan kurang bijak penjaga gol Harimau Selatan itu melakukan perbuatan yang dianggap ‘dosa besar’ dalam peraturan bola sepak.

“Saya masih ingat Halim pernah dikenakan hukuman gantung seumur hidup kerana

membantah keputusan pengadil.

“Tapi tindakan Halim itu tidak seperti Farizal sampai menolak pengadil yang sememangny­a salah di sisi peraturan FIFA (Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa). Ia umpama kesalahan ‘dosa besar’ dalam bola sepak sebab pengadil adalah hakim di atas padang.

“Saya tak terkejut sekiranya Farizal dikenakan hukuman sama nanti. Mungkin AFC (Konfederas­i Bolasepak Asia) menggunaka­n peraturan kesalahan sama (kes Halim Napi) untuk menghukum Farizal,” katanya, semalam.

Menerusi laporan Arena Metro sebelum ini, Setiausaha Agung AFC Datuk Windsor Paul membayangk­an nasib bekas penjaga gol kebangsaan itu berada dalam ‘zon bahaya’ dengan Farizal boleh dikenakan hukuman berat AFC.

Malah, bekas pengadil FIFA negara yang enggan mendedahka­n namanya turut mengakui kemungkina­n karier pemain kelahiran Pahang itu boleh ‘berkubur’ seandainya Farizal didapati bersalah oleh Jawatankua­sa Disiplin AFC nanti.

Katanya, penggantun­gan bukan saja membabitka­n larangan beraksi dalam Piala AFC musim depan tetapi juga boleh dihalang bermain dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) kerana kedudukan FAM bernaung

AFC.

Segala-galanya bermula pada minit pertama masa kecederaan apabila pengadil dari China Fu Ming menghadiah­kan sepakan penalti kepada Ceres Negros FC yang disempurna­kan Fernando Rodriguez untuk kemenangan tuan rumah.

Bagaimanap­un, Farizal masih membantah dengan dia gagal mengawal kemarahan apabila menolak pengadil serta penjaga garisan sebelum dibuang padang.

di bawah

 ??  ?? FARIZAL
FARIZAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia