Harian Metro

Annuar kesal pemain, bekas pegawai ungkit isu tunggakan gaji

-

Kuala Lumpur: Tan Sri Annuar Musa terus menyelar tindakan segelintir pemain dan bekas pegawai pasukan itu yang memanjangk­an isu berkaitan tunggakan gaji kepada pihak atasan sebagai tidak memahami situasi dialami Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) ketika ini.

Jelas Penasihat KAFA itu, pihaknya tidak pernah cuba untuk lari daripada menyelesai­kan segala tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan namun disebabkan masalah kewangan mereka terpaksa melewatkan pembayaran itu.

“Di sini sesetengah pemain tak faham dan mereka bawa ke atas seolah-olah KAFA tak mahu bayar. Mereka cuba dapatkan perintah (mahkamah).

“Mereka boleh bawa dan cuba dapatkan penghakima­n seperti KAFA dikehendak­i bayar sekian sekian dalam tempoh 14 hari dan sebagainya. “Isunya bukan KAFA tak nak bayar. Kalau ada perintah dari langit sekalipun, KAFA tak ada duit nak bayar.

“Pernah seorang pemain pergi ke mahkamah dan berjaya dapatkan perintah mahkamah dengan membekukan akaun KAFA. Apa dia dapat? Membekukan akaun yang tak ada duit tak menyelesai­kan apa-apa.

“Hingga hari ini, pemain itu tak dapat duit melainkan selepas berunding elok-elok dan dapat bayaran secara ansuran,” katanya menerusi posting terbaru di akaun Facebook miliknya, semalam.

Kenyataan Annuar itu merujuk kepada keputusan terbaru dikeluarka­n Jawatankua­sa Status Pemain Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang mengarahka­n KAFA menyelesai­kan tunggakan gaji tiga pemain dan seorang jurulatihn­ya berjumlah lebih RM190,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia