Harian Metro

DUA MISI PENTING! Irfan teruja sertai skuad kendali Kim Swee

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

 Kim Swee mahu pemain B-22 fokus layak beraksi Piala AFC, capai emas Sukan SEA

Pengendali skuad bawah 22 tahun negara (B-22) Datuk Ong Kim Swee menegaskan dua kejohanan bakal diharungi dalam tempoh dua bulan sama penting dan sehubungan itu mahu barisan pemainnya sentiasa fokus.

Bermula dengan saingan Kelayakan B-23 Piala Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) pada 19-23 Julai ini, skuad kendaliann­ya akan meneruskan perjuangan dalam temasya Sukan SEA di Kuala Lumpur pada pertengaha­n Ogos yang menyaksika­n emas menjadi sasaran.

“Penting untuk mempunyai program yang cukup rapi. Paling mustahak, kedua-dua kejohanan itu sama penting meskipun bakal berlangsun­g dalam tempoh yang dekat.

“Kita harap dapat layak ke Piala AFC B-23 dan juga menjadi juara (raih emas) Sukan SEA nanti. Jadi kedua-duanya harus seimbang dengan setiap pemain perlu serius menghadapi kejohanan berkenaan.

“Kami memandang serius kedua-dua kejohanan itu tanpa melebihkan salah satu saingan kerana ini skuad jangka panjang dan mereka harus berusaha meraih kemenangan dalam setiap aksi diharungi,” katanya.

Kim Swee, 47, yang dilantik ke jawatan itu bagi menggantik­an pengendali sebelum ini, Frank Bernhardt, dijadualka­n mengadakan tiga aksi persahabat­an di China sebagai persediaan menempuh dua kejohanan penting itu.

Mereka dijadual berdepan skuad B-22 China (10 Jun), dua pasukan simpanan - Guangzhou R&F (13 Jun) dan Guangzhou Evergrande (15 Jun) - pada aksi terakhir jelajah itu.

“Kami sudah berlatih beberapa hari dan saya lihat pasukan ini semakin baik dan menunjukka­n peningkata­n. Mereka meningkat dan tahap prestasi pemain secara keseluruha­n amat baik sekali,” katanya.

Mengulas mengenai kehadiran tiga pemain baru bagi menggantik­an Khairil Anuar Zamri, Ahmad Azriddin Rosli dan Nur Shamie Iszuan Amin, beliau mengaku berpuas hati dengan komitmen dan kesungguha­n Kuala Lumpur: “Saya tidak kisah bermain dalam posisi mana asalkan dapat membantu pasukan negara,” kata pemain Kuala Lumpur Irfan Zakaria

yang dipanggil pengendali skuad bawah 22 tahun negara (B-22) Datuk Ong Kim Swee bagi menyertai latihan pusat negara.

Irfan, 22, antara tiga pemain baru yang dipanggil untuk menggantik­an Khairil Anuar Zamri, Ahmad Azriddin Rosli dan Nur Shamie Iszuan Amin, mengakui cukup teruja dan bersedia mempamerka­n aksinya.

Malah menurutnya, dia tidak kisah seandainya Kim Swee berhasrat mengubah posisinya kerana ketika beraksi bersama Kuala Lumpur, dia juga sering bermain di bahagian pertahanan selain di posisi tengah.

“Ketika bersama Kuala Lumpur, saya menjadi pemain tengah bertahan. Saya tak kisah main di

(gambar kanan)

mereka walaupun hanya menyertai latihan Khamis lalu.

Trio itu membabitka­n pemain Kuala Lumpur Irfan Zakaria dan Sean Eugene Selvaraj serta L Kalaiharas­an (Negeri Sembilan).

“Ketiga-tiga mereka dapat mengikut corak latihan dan juga kesemua ujian yang kami lakukan. Saya rasa mereka tidak mempunyai sebarang masalah besar menyesuaik­an diri dengan rakan sepasukan,” katanya. posisi mana, kalau jurulatih letak di bahagian pertahanan sekalipun saya terima.

“Saya akui teruja apabila dipanggil, jadi saya akan membalas kepercayaa­n jurulatih dan akan memberikan yang terbaik untuk pasukan,” katanya kepada Arena Metro.

Jelasnya dia turut mengakui tidak berdepan masalah menyesuaik­an diri bersama rakan sepasukan walaupun baru menyertai latihan Khamis lalu.

“Saya sudah bersama dengan pasukan ini sejak tahun lalu di bawah bimbingan Frank Bernhardt dan sudah mengenali rakan sepasukan untuk tempoh yang agak lama.

“Jadi tidak ada masalah untuk saya mencipta keserasian bersama rakan sepasukan lain,” katanya yang akan berangkat ke China bagi menghadapi tiga aksi persahabat­an di negara Tembok Besar China itu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia