Harian Metro

Faiz setia bersama Harimau Kumbang

-

Kuala Lumpur: Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri melaungkan kesetiaan tidak berbelah bagi untuk Pulau Pinang biarpun Harimau Kumbang kini menghuni tangga tercorot Liga Super.

Katanya, jendela perpindaha­n kedua yang mula dibuka 15 Mei lalu dan bakal berakhir 15 Jun ini langsung tidak mengganggu emosinya untuk berpindah ke pasukan lain.

Sebaliknya, dia lebih bersemanga­t untuk membantu Pulau Pinang memperbaik­i kedudukan apabila pusingan kedua Liga Super bersambung selepas Aidilfitri nanti.

“Saya akui kami serba tidak menjadi pada pusingan pertama, namun saya percaya kehadiran jurulatih (Zainal Abidin Hassan) dan beberapa pemain baru pada sesi pendaftara­n kedua ini akan membuatkan misi kami untuk kekal dalam Liga Super tidak mustahil.

“Saya lihat keserasian antara pemain juga semakin baik. Mungkin selepas mengharung­i beberapa perlawanan persahabat­an, persefaham­an kami akan bertambah selain bersedia untuk mengharung­i semula saingan liga,” katanya.

Pulau Pinang yang berdepan aksi tidak menentu sepanjang kempen pusingan pertama Liga Super sekadar mengumpul enam mata daripada 13 aksi.

Situasi itu nyata sukar diterima terutama penyokong yang menyaksika­n bekas pengendali Pahang dan Selangor, Zainal dilantik membimbing pasukan selepas Ashley Westwood dipecat.

“Saya masih mempunyai kontrak bersama Pulau Pinang yang tamat tahun ini.

“Sekiranya Pulau Pinang menawarkan kontrak baru, saya tidak akan teragak-agak menandatan­gani kerana sudah selesa di sini.

“Cuma, jika ada yang mahukan khidmat saya, mungkin perbincang­an akan dibuat selepas musim ini tamat kerana fokus utama adalah untuk membantu pasukan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia