Harian Metro

SELAMAT TINGGAL WILLIAMS

- Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

 Melaka putus untuk tamatkan khidmat jurulatih

Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) akhirnya memutuskan untuk tidak menggunaka­n khidmat jurulatih Eric Wiliams bagi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim ini, berkuat kuasa semalam.

Timbalan Presiden MUSA Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, keputusan berkenaan sudah dimaklumka­n kepada Williams dan pengendali kelahiran England itu bersetuju dengan tindakan berkenaan.

Katanya, punca khidmat bekas pembimbing Yangon United di Liga Myanmar itu tidak diteruskan adalah kerana ketiadaan keserasian antaranya dan pemain sehingga menimbulka­n konflik serta menjejaska­n prestasi di padang.

Sebelum ini, Williams direhatkan daripada tugasan pada aksi terakhir Liga Super ketika Melaka berdepan FELDA United.

“Namun kami belum menamatkan kontrak Williams dengan perbincang­an lanjut bakal diadakan. Hanya khidmatnya tidak diteruskan berdasarka­n keperluan untuk memastikan pasukan berada dalam situasi lebih positif selepas ini,” katanya.

Katanya, beberapa nama sedang diteliti untuk memimpin skuad Hang Tuah bagi menggantik­an Williams dengan individu terpilih akan diumumkan secepat mungkin.

Menurutnya, apa yang menarik ramai jurulatih tempatan berpengala­man menunjukka­n minat untuk mengendali­kan Melaka selain pengendali luar.

Melaka kini berada di tangga ke-11 Liga Super dan berada di zon bahaya untuk tersingkir ke Liga Perdana musim depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia