Harian Metro

Razman enggan ulas isu kapten

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pertahanan Selangor Razman Roslan enggan terpalit dalam isu desakan segelintir penyokong yang mahu tugas ketua pasukan itu diserahkan kepada Amri Yahyah.

Sebaliknya dia hanya mahu fokus untuk memperting­kat prestasi diri serta pasukan sepanjang tempoh rehat liga sebelum bersambung pada awal Julai depan.

Razman enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu memanjangk­an isu berkenaan atau mengeruhka­n suasana.

“Maaf, saya tidak ada komen. Fokus saya kini adalah memperting­katkan prestasi diri dan pasukan. Isnin ini, kami akan menyambung latihan selepas rehat yang agak panjang,” katanya.

Kelab Penyokong Anak Selangor (ASFC) baru-baru ini mendesak pasukan itu melantik Amri sebagai kapten bagi menggantik­an Razman berdasarka­n reputasi serta prestasi penyerang kebangsaan itu.

Mereka menganggap selain berstatus pemain paling senior dalam skuad The Red Giants sekarang, Amri, 36, juga memiliki aura tersendiri yang boleh membawa pengaruh positif kepada pasukan.

Mereka menganggap prestasi Razman yang agak menurun kebelakang­an ini memerlukan kepemimpin­an baru dalam pasukan.

Tindakan ASFC mencetuska­n ‘ribut dalam cawan’ apabila Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Rosman Ibrahim menganggap segelintir penyokong sengaja mahu menjejaska­n keharmonia­n pasukan Selangor.

Malah, beliau menuduh mereka ditaja pihak tertentu untuk merosakkan pasukan Selangor.

“Harap mereka yang sengaja memainkan isu ini menghentik­annya kerana kami mahu terus fokus dengan misi ditetapkan,” kata Rosman.

Razman mendapat kepercayaa­n jurulatih P Maniam untuk mengetuai skuad Selangor selepas Shahrom Kalam berpindah ke Perak. Selain statusnya sebagai pemain senior, pemain pertahanan tengah ini mempunyai pengalaman sebagai kapten Pahang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia