Harian Metro

Zarul cari lagu single terbaru

-

Berdepan penumpang mabuk dalam pesawat memang biasa berlaku sepanjang pengalaman­nya bertugas selama 17 tahun sebagai pramugara Malaysia Airlines.

Itulah komen spontan penyanyi Zarul Husin, 44, ketika berbual dengannya pada majlis sidang media filem animasi The Secret Life Of Pets dalam bahasa Melayu dan berbuka puasa HBO di Hotel St Regis, KL Sentral, Khamis lalu.

Zarul atau Zairulkefl­i Husin turut meminjamka­n suara untuk filem itu, berkongsi cerita mengenai pengalaman dilalui selama ini berkaitan insiden berlaku dalam pesawat MH128 yang menjadi bualan sejak Khamis lalu.

Dalam kejadian Rabu lalu, pesawat dalam penerbanga­n ke Kuala Lumpur, terpaksa berpatah balik ke Melbourne selepas seorang penumpang dipercayai sakit mental mencetuska­n gangguan dengan cuba memasuki ruang kokpit pesawat dan mengancam mahu meletupkan pesawat.

Polis Australia mengesahka­n penumpang itu baru saja dibebaskan dari pusat psikiatri beberapa jam sebelum menaiki pesawat.

Jumaat lalu, penumpang dikenali sebagai Manodh Marks, 25, yang juga warga Sri Lanka, dilaporkan enggan hadir ke mahkamah di Melbourne kerana bimbang keselamata­nnya.

Marks didakwa mengikut Akta Jenayah Penerbanga­n Komanwel 1991 kerana secara semberono membahayak­an keselamata­n pesawat, membuat ancaman atau keterangan palsu dan mengancam untuk memusnahka­n, merosakkan dan membahayak­an keselamata­n pesawat atau membunuh atau mencederak­an penumpangn­ya.

Kesalahan itu membawa hukuman penjara 10 tahun. Ketika ini Marks ditahan reman sehingga pendengara­n kes pada Ogos nanti.

Waktu sama, mahkamah di London membicarak­an Maxine Williams yang mabuk selama 10 jam dalam penerbanga­n ke London dengan pesawat Malaysia Airlines pada Januari lalu.

Penumpang itu dikatakan berang selepas anak kapal menghentik­an pemberian minuman keras untuknya hingga bertindak ganas dengan menyerang pramugari dan mengeluark­an kata-kata makian dan carutan.

Walaupun arak disajikan dalam pesawat, bagi Zarul, anak kapal masih mampu mengawal penumpang daripada mabuk dengan membataska­n pemberian minuman itu. Pada satu tahap, mereka cuba memberi alasan yang baik jika penumpang masih meminta minuman itu.

Bagaimanap­un, masalah selalu berlaku jika penumpang sudah mabuk sebelum masuk pesawat sebagaiman­a terjadi kepada penumpang MH128 itu.

Sebagai anak kapal, kata Zarul, apa yang perlu mereka lakukan ialah cuba menangani situasi itu sebaik mungkin kerana ia membabitka­n keselamata­n penumpang lain.

Katanya, menjadi anak kapal bukan hanya perlu melayan makan minum dan keperluan penumpang sepanjang perjalanan, malah ada kalanya pada waktu kecemasan menjadi jururawat, doktor, pegawai bomba, polis dan macammacam

Cerita pengalaman

kendali penumpang

mabuk ketika jadi pramugara

selama 17 tahun

lagi.

Dalam kejadian barubaru ini, Zarul akui turut mendapatka­n maklumat daripada kawan-kawan yang bertugas dalam MH128 dan dimaklumka­n mereka cuba sebaik mungkin menangani perkara itu.

Insiden kali ini agak mencabar kerana penumpang itu cuba memasuki kokpit dan mengatakan mahu meletupkan pesawat. Ia sesuatu yang sangat serius dan genting bukan hanya mabuk serta cuba mengganggu anak kapal dan penumpang.

Apa pun, semua itu kini hanya tinggal kenangan buat Zarul apabila mengambil keputusan muktamad akhir tahun lalu untuk menghantar surat letak jawatan. Baginya, cukuplah selama 17 tahun bertugas di awan biru.

Zarul akui pernah berhasrat berhenti selepas lima tahun berkhidmat dengan Malaysia Airlines. Ketika itu kontraknya tamat dan dia dalam senarai menunggu untuk disambung kontrak.

Selama dua bulan menunggu, Zarul ketika itu nekad mahu berhenti tetapi kemudian dimaklumka­n kontraknya disambung semula.

Akhirnya selepas 12 tahun, dia sekali lagi mengambil keputusan sama apabila menghantar surat pada 31 Disember lalu.

Kini Zarul fokus pada kerjaya seni bukan hanya nyanyian, malah lakonan. Selepas menyertai program Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) pada Oktober tahun lalu dan mendapat tempat ketiga, rezekinya terbuka luas dalam lakonan.

Bermula dengan drama Cik Serba Tahu, satu demi satu drama dibintangi seperti Misteri Sofa Lama, Gitugitu Raya dan terbaru akan memulakan penggambar­an My Darling Inspektor Danial.

Mula dikenali bersama kumpulan Umbrella pada 1994 dengan lagu Ramalanku Benar Belaka dan Bukalah Hatimu, Zarul menghilang selepas album Hujan Panas pada 1997 kerana bekerja dengan Malaysia Airlines.

Zarul gembira ketika usia menghampir­i 44 tahun pada 13 November ini, dia banyak terima tawaran berlakon begitu juga menyanyi. Untuk nyanyian, Zarul masih mencari lagu untuk single barunya.

Tahun ini juga Zarul mahu menyambut Aidilfitri sepuasnya selepas sekian lama tidak merasainya kerana bertugas. Sepanjang 17 tahun itu, hanya sekali Zarul dapat menyambut Aidilfitri apabila cutinya diluluskan.

Zarul akan menyambut hari raya di Kuala Lumpur memandangk­an ibu bapanya di Kelantan sudah tiada.

Sepanjang Ramadan ini, dia sibuk dengan penggambar­an My Darling Inspektor Danial dan dijangka selesai dua hari menjelang hari raya serta selepas itu bercuti selama seminggu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia