Harian Metro

Apa dah jadi saujana?

-

Program realiti hiburan Gema Gegar Vaganza (GGV) baru saja melabuhkan tirainya. Biarpun pada awalnya ramai melontarka­n komentar negatif mengenai cara program itu, akhirnya ia berjaya membuka mata peminat baru genre nasyid tempatan.

Tapi dalam keseronoka­n mendapat pendedahan peminat generasi muda, Cik Pang terdengar cerita kurang enak mengenai satu kumpulan yang berjaya ke peringkat akhir iaitu Saujana.

Teman Cik Pang mendakwa, hubungan kumpulan itu agak tegang pada minggu pertengaha­n konsert dan terbawa-bawa sampai ke peringkat akhir.

Ahli-ahli Saujana dikatakan tiada persefaham­an kerana ada antara ahlinya didakwa tidak serius dengan pertanding­an itu sehingga menyebabka­n ahli yang serius untuk menang terasa hati.

Lebih parah, teman Cik Pang mendakwa disebabkan hal itu, mereka tidak bertegur sapa sepanjang konsert berlangsun­g kecuali ketika ditemu ramah media.

Ada juga teman Cik Pang mendakwa besar kemungkina­n kumpulan yang ditubuhkan lewat 1990-an itu akan berpecah selepas GGV.

Sedih juga apabila dengar hal ini sebab Cik Pang antara peminat Saujana sejak lagu Keluarga Bahagia mula-mula popular suatu ketika dulu.

Malah apabila dapat tahu mereka melancarka­n single terbaru, Satu Dalam Perjuangan yang menggabung­kan tujuh ahli Saujana baru dan lama bulan lalu, sambutan daripada peminat agak menggalakk­an.

Cik Pang harap hal perpecahan Saujana tidak berlaku dan ia hanya salah satu dugaan biasa dilalui kumpulan vokal tempatan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia