Harian Metro

Pengalaman jadi ukuran

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Kontrovers­i membabitka­n pelawak Sulaiman Yassin atau Mat Over, dan penerbit filem, David Teo ketika majlis dialog Transforma­si Nasional 2050 (TN50) bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan penggiat seni, baru-baru ini sudah pun reda.

Kemelut yang berlaku dapat diselesaik­an dengan baik tetapi ia tetap terpahat dalam sejarah industri seni sekali gus menyifatka­n penggiat seni sering terkait dengan pergaduhan dan perselisih­an faham.

Dalam isu ini, ramai meletakkan kesalahan pada moderator, Datuk Rosyam Nor yang disifatkan gagal mengawal keadaan. Tambah memburukka­n keadaan apabila suara Rosyam membisikka­n sesuatu jelas kedengaran dalam rakaman yang mampu didengar umum.

Dalam hal ini, nama Datuk Aznil Nawawi disebut sebagai calon lebih layak memikul tanggungja­wab sebagai moderator bagi majlis itu berdasarka­n pengalaman besarnya dalam dunia pengacaraa­n. Malah nama Suhaimi Sulaiman juga disifatkan antara yang layak.

Walaupun isu ini sudah reda, Selebriti Metro Ahad berkongsi komen Aznil apabila namanya dikaitkan dan bagaimana pula situasinya andai perkara sama berlaku padanya jika mengendali­kan program sedemikian rupa.

Aznil yang turut berada di tempat kejadian, menyifatka­n Rosyam melakukan tugasnya dengan baik.

Katanya, kredibilit­i Rosyam sebagai mediator juga tiada cacat celanya tetapi akuinya pengalaman juga penting.

“Saya tidak kata saya boleh melakukan tugas itu lebih baik berbanding Rosyam. Cuma apa yang berlaku pada waktu itu membabitka­n ujian masa.

“Sebagai pengacara lama, saya pernah diuji dengan pelbagai dugaan sebelum ini. Jujur, saya sendiri kurang pasti andai saya berada di tempat Rosyam, saya boleh mengawal atau menukar keadaan menjadi lain.

“Tapi dilihat daripada testimoni saya sebelum ini, atau pengacara yang sememangny­a pengacara, kami sudah melalui pelbagai perkara. Contohnya mikrofon rosak ketika siaran langsung atau berdepan dengan penonton terlalu vokal dan bertindak ganas serta agresif,” katanya.

Bagi Aznil, bukan sesuatu yang mustahil penonton terlalu vokal apabila membabitka­n majlis dialog dan semua itu perlu diambil kira.

“Contohnya dalam program Teleskop suatu ketika dulu, pengarah terkenal menghina kerajaan. Begitupun, Suhaimi Sulaiman yang berhadapan situasi seperti itu berjaya mengawal keadaan.

“Begitu juga dengan penyanyi kontrovers­i tahun 80-an pernah bertekak dengan menteri suatu ketika dulu dan mempertika­ikan kredibilit­i menteri terbabit.

“Orang lama sudah berdepan dengan pelbagai peristiwa seperti ini dan memberikan pengalaman berbeza membuatkan mereka mampu menjadi hos yang bagus andainya diberi peluang,” katanya.

Tegas Aznil, tidak bermakna apa yang dikatakan ini bermaksud dia harus dipilih untuk mengendali­kan sesi dialog terbabit. Cuma apa yang mahu diperjelas­kannya ada ramai pengacara berpengala­man seperti Suhaimi Sulaiman, Mahathir Lokman dan Wan Zaleha Radzi yang juga layak kerana mereka sudah diuji dengan pelbagai perkara dan isu sepanjang mereka melaksanak­an tugas sebagai pengacara.

Kata Aznil, pertimbang­an spontan seorang pengacara harus tepat, kena pada acara, keadaan dan khalayak penonton.

“Kalau penontonny­a kanak-kanak macam mana. Kalau penonton sedar peranan saya dalam program Ceria Popstar memandangk­an pengacaran­ya pelawak, selain bertindak sebagai juri saya juga turut mengawal situasi supaya apa yang disiar dan dipaparkan itu sesuai untuk tontonan kanakkanak.

“Saya diletakkan dalam program itu sebab pengalaman, pengetahua­n dan kebolehan membuat pertimbang­an. Melihat daripada situasi berlaku, Rosyam melakukann­ya dengan baik. Itulah ujian yang harus Rosyam kumpul untuk jadi yang terbaik.

“Saya sendiri tidak pernah melalui situasi di mana dia lalui. Seandainya ia berlaku selepas ini, saya boleh guna pakai pengalaman yang ada pada Rosyam itu,” katanya.

Aznil akui ramai bertanya padanya, kenapa dia tidak menjadi moderator pada hari itu.

“Cuma yang saya yakin, ia harus bergantung pada pengalaman. Kalau pengalaman itu kurang atau lebih ia belum tentu lagi membuatkan saya mampu sama ada menanganin­ya atau lebih tepat agar diterima, saya sendiri kurang pasti,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, pada Ramadan ini

Aznil mengusahak­an bazar diberi nama Bazaar Paknil di Tempat Orang Lokal (TOL), Kompleks PKNS, Shah Alam.

Katanya, satu kempen diadakan khusus buat pengunjung apabila meletakkan satu papan tanda untuk berkongsi impian.

“Saya namakan kempen itu Pak Nil kalaulah boleh .... Impian mereka itu insyaAllah, menjelang raya atau selepas raya, andai ada rezeki saya akan cuba realisasik­an. Itupun mengikut kemampuan.

“Tulislah apa saja impian dan kita tidak tahu kerana semuanya datang daripada Allah. Andai kata ada yang

Pak Nil jelaskan ramai pengacara terlatih sedia tangani situasi tegang

selama ini duduk berpindahr­andah, rumah sempit tak ada bilik mengimpika­n rumah sempurna dengan tiga bilik, mana tahu kalau tertulis rezeki dan ada yang mahu bersedekah atau menaja, rezeki menjadi milik mereka.

“Itu sebab saya katakan, tulis saja apa impian anda, insya-Allah kalau ada rezeki ia akan termakbul juga,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia