Harian Metro

Terbawa-bawa gaya Anuar

-

lagi keluarga. Setiap perkara yang terjadi, keluarga terutamany­a orang tua akan terpalit sama.

“Ketika zaman kegelapan saya, tidak ada orang lain yang datang memberikan kata-kata semangat. Hanya ibu bapa yang menyokong dan sentiasa positif agar saya meneruskan kerjaya.

“Merekalah yang setia berada di belakang membantu untuk saya terus bangkit semula. Apabila diingat kembali pengorbana­n insan yang melahirkan dan membesarka­n saya, memang selayaknya diangkat sebagai idola. Malah saya juga ingin menjadi bapa yang baik untuk anak saya,” katanya.

Aliff akui keluargany­a yang tahu bagaimana dia berusaha untuk bangun semula dan terus maju ke hadapan tanpa menoleh ke belakang.

Katanya, segala perkara yang buruk yang pernah terjadi padanya bukanlah sesuatu yang membanggak­an tetapi dia tidak pernah menyesal kerana perkara itulah yang menjadikan dirinya lebih baik.

“Saya tahu ia bukan perkara yang boleh menggembir­akan semua orang tetapi apa yang saya lalui itulah menjadikan diri saya sekarang ini. Saya banyak belajar daripada kesilapan lalu.

“Saya berazam untuk membuat ibu bapa gembira. Juga membahagia­kan isteri dan anak saya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

“Tidak mudah untuk saya keluar daripada kisah lalu. Saya bersyukur ada dua ‘idola’ tetap memberikan kepercayaa­n terhadap saya,” katanya.

Kata Aliff, bukan mudah untuk dia terus melangkah meninggalk­an kisah lalu. Namun, atas sokongan dan kepercayaa­n yang diberikan keluarga, dia akhirnya berjaya untuk memacu semula kerjaya seni.

Selepas berganding dengan Mira Filzah menerusi drama Meh, Sandar Pada Aku! dan menyanyika­n sendiri lagu runut Sandar Padaku, Aliff menerima banyak tawaran berlakon dan jemputan memeriahka­n majlis.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia