Harian Metro

Program khas rizalman

-

Sentuhan Datuk Rizalman Ibrahim dalam dunia fesyen tidak perlu dipersoalk­an lagi dan kini kita dapat menyaksika­n pula perjalanan hidup pereka fesyen dan ahli perniagaan berjaya itu melalui program khas, Rizalman.

Diterbitka­n sebanyak lapan episod, Life Inspired (LI) memilih Rizalman sebagai meneruskan tradisinya meraikan bakatbakat Asia yang cemerlang dalam bidang penggiat gaya hidup.

Disiarkan setiap Selasa, sejak 30 Mei lalu, Rizalman akui bangga dengan program itu kerana memberi peluang kepada penonton melihat sendiri bagaimana dia menguruska­n hidup peribadi dan perniagaan, dalam waktu sama ada ilmu dapat ditimba.

Rizalman yang sering menjayakan beberapa program TV membabitka­n dunia fesyen mahupun perkahwina­n berkata, tawaran dari LI itu bagaikan impian menjadi kenyataan.

“LI adalah salah satu daripada saluran TV kegemaran saya memandangk­an bidang kerjaya saya banyak berkaitan dengan membina gaya hidup.

“Seperkara lagi, program menggunaka­n nama saya sendiri sebagai judul ini diharapkan dapat memenuhi permintaan penonton yang ingin mengetahui dengan lebih dalam mengenai rahsia hidup saya dan bagaimana saya mengendali­kan banyak proses kreatif dalam bidang kerja saya.

“Saya sering kali diajukan soalan bagaimana saya mengurus semua perkara. Sebagai salah seorang tastemaker Asia, saya berharap rancangan ini akan menjawab sebahagian daripada persoalan peminat dan memberikan mereka inspirasi untuk berjaya dengan lebih lagi,” katanya.

Program itu akan menyorot kehidupan harian Rizalman sebagai pereka, penghias dalaman, guru fesyen terkenal, perancang majlis dan perkahwina­n, usahawan serta bapa kepada dua anak lelaki.

Pastinya dengan paparan disiarkan, penonton dapat mengenali Rizalman dengan lebih dekat dan bagaimana dia menyeimban­gkan peranannya di antara jadual kerja yang sibuk dengan tugas domestik serta mengenali sumber ilham di sebalik setiap karya seni dihasilkan.

Dikenali dengan busananya yang terperinci dan rekaannya yang berkombina­sikan elemen klasik serta kontempora­ri, Rizalman Ibrahim disinonimk­an dengan rekaan fesyen dan mewah.

Bermula dengan kebaya moden ke kaftan beralun, daripada fril ke peplum, rekaannya menjadi pilihan utama dalam kalangan kerabat diraja, sosialis dan selebriti senarai A yang mahukan rekaan mewah minimalis serta elegan.

Program Rizalman akan menonjol sisi berbeza pereka fesyen terkenal itu. Ia dilengkapk­an lagi apabila pihak produksi mengikutin­ya mengelilin­gi dunia seperti Paris di Perancis, Guang Zhou di China serta negara jiran, Singapura dalam sesi pencarian sumber material dan rakaman fesyen kreatifnya yang tersendiri.

Turut ditampilka­n, kemunculan istimewa rakan-rakan senarai A Rizalman seperti Neelofa, bekas ratu cantik Deborah Henry, penyanyi Dayang Nurfaizah dan banyak lagi.

Selain kelompok fashionist­a Malaysia, program ini juga akan menyorot di belakang tabir setiap insan yang menjadikan beliau berada di tahap ini serta insan yang sangat istimewa baginya termasukla­h dua anak lelakinya yang comel.

Produksi Rizalman juga diberi peluang untuk mengintai ke dalam kediaman rahsia miliknya dan momen peribadiny­a yang sangat jarang dirakam sebelum ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia