Harian Metro

Ratu Muslimah

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Berhijab tidak menghalang wanita untuk bergaya. Malah andai pandai memilih dan suai padan busana dengan tudung, seseorang selebriti itu akan kelihatan lebih cantik dan ayu.

Buktinya lihat saja penampilan lima selebriti berhijab yang hadir ke majlis Anugerah

Bintang Popular BH. 3.0 (ABPBH3.0), baru-baru ini.

Penampilan mereka memukau hadirin.

Busana tersarung di tubuh juga tidak kalah gaya berbanding selebriti popular lain.

Kebanyakan mereka yang bertudung lebih selesa memilih gaun kembang mahupun potongan duyung dengan perincian tambahan oleh pereka fesyen terutama membabitka­n fabrik bagi memastikan ia mampu melindungi pandangan umum terhadap susuk tubuh.

Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali memilih gaun kembang hitam dengan bahagian atas menggunaka­n renda Perancis. Perincian hiasan bunga kecil melatari bahagian atas bahu menjadi titik tumpu.

Bekas pengacara TV3 Azrinaz Mazhar Hakim memilih persalinan warna gelap sedondon. Potongan cekak musang tinggi memberi ilusi bagi membolehka­n dia tampil dengan serban mudah. Jemeki penuh melatari bahagian atas baju menyerlahk­an lagi penampilan­nya dan nampak mewah.

Pengacara Nona, Uyaina Arshad memilih gaun ala pengantin dengan warna kuning terang. Ekor kain di bahagian belakang menyerlahk­an lagi gayanya seperti raja sehari melalui karpet merah. Hiasan emas melatari bahagian atas busana menjadi daya penarik.

Mudah dan tidak sarat, begitupun penampilan penyanyi dan pelakon Amira Othman tetap berjaya menarik perhatian umum. Tudung dan gaun sedondon pilihan tepat dan pereka bijak melatari jemeki di bahagian ponco pendek sebagai titik tumpu.

Anis Al-Idrus memilih menggayaka­n gaun dari renda Perancis penuh labuci bentuk flora, perekanya cuba bermain dengan ilusi peplum untuk menutupi sebahagian tubuh dan pinggul dengan menampilka­n ekor kain di bahagian sisi baju. Pilihan warna membuatkan penampilan­nya sungguh ayu.

 ??  ?? ANIS Al-Idrus
ANIS Al-Idrus
 ??  ?? UYAINA Arshad
UYAINA Arshad
 ??  ?? AZRINAZ Mahzar Hakim
AZRINAZ Mahzar Hakim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia