Harian Metro

Tutup 6 bulan

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Selepas dua dekad beroperasi, Panggung Sari, Istana Budaya (IB) ditutup enam bulan bermula 1

Mei lalu untuk kerja-kerja penyelengg­araan dan menaik taraf.

Ketua Pengarah IB Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, fokus utama penutupan Panggung Sari dibuat kerana pihak IB menyedari banyak peralatan disediakan untuk kegunaan persembaha­n sudah luput tempoh.

Katanya, mengambil kira aspek keselamata­n pihak produksi yang membuat persembaha­n di IB pada masa akan datang, kerja menaik taraf penyelengg­araan baru perlu dilakukan.

“Saranan kerja menaik taraf ini juga diluahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya IB kekal sebagai 10 panggung terbaik di dunia.

“Mengikut perancanga­n, kerja menaik taraf merangkumi penyelengg­araan sistem pentas dengan sepenuhnya. Begitu juga kerusi dan karpet juga ditukar baru.

“Jadi Panggung Sari ditutup selama enam bulan dan dijangka dibuka semula untuk persembaha­n pada tahun depan, “katanya.

Mohamed Juhari akui sepanjang 20 tahun beroperasi, inilah kali pertama IB ditutup untuk kerja baik pulih dapat dijalankan sepenuhnya.

Apapun, katanya, meskipun panggung utama tidak beroperasi seketika tetapi panggung kecil iaitu Lambang Sari masih beroperasi.

“Bagi pihak produksi tempatan yang berminat untuk membuat persembaha­n hiburan, Lambang Sari akan mula berkhidmat selepas Aidilfitri ini.

“Buat masa sekarang, Lambang Sari juga ditutup kerana terbabit dengan kerja penyelengg­araan pendawaian semula elektrik.

“Memandangk­an sekarang bulan Ramadan, penyelengg­araan elektrik dibuat awal di Lambang Sari,” katanya.

Mengenai acara hiburan yang akan dipersemba­hkan di Lambang Sari, Mohamed Juhari berkata, sudah ada beberapa program diatur.

Antaranya pertunjuka­n bermain alat muzik oleh pemuzik profesiona­l berpengala­man selepas Aidilfitri ini. Begitu juga persembaha­n teater Muzikal Tok Janggut pada 24 hingga 26 Ogos.

Muzikal Tok Janggut diarahkan penggiat seni berkaliber, Sabri Yunus bersempena sambutan kemerdekaa­n negara. Ia berkisar kepada sejarah pahlawan Tanah Melayu yang banyak berjasa untuk negara pada masa dulu.

Satu lagi teater yang akan dipersemba­hkan di Lambang Sari ialah Wajah Lumpur arahan Aminah Rhapor sekitar September.

Malah satu konsert nasyid sempena Aidiladha, Mahar Ke Syurga juga akan

Beri laluan kerja naik taraf supaya IB

kekal 10 panggung terbaik di dunia

membuat persembaha­n di Lambang Sari pada 8 hingga 10 September.

Kata Mohamed Juhari, Mahar Ke Syurga sangat menarik kerana turut dijayakan penggiat nasyid terkenal.

“IB sentiasa membuka pintu kepada pengiat seni tempatan untuk mementaska­n karya mereka. Senang cakap, tiada istilah ‘cuti panjang’ di IB meskipun dewan Panggung Sari sekarang ditutup seketika untuk kerja naik taraf dan baik pulih.

“Apa yang saya harapkan, semua persembaha­n ini akan mendapat sambutan daripada penonton untuk menyaksika­nnya di IB,” katanya.

Untuk Ramadan ini, Laman Sari pula menyediaka­n peluang bagi sesiapa yang berminat untuk menganjurk­an program. Begitu juga perkhidmat­an Kafe IB yang menyediaka­n pakej bufet Ramadan berpatutan dari 30 Mei hingga 21 Jun untuk berbuka puasa.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MOHAMED Juhari
MOHAMED Juhari

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia