Harian Metro

Selesai 114 hari penggambar­an

-

Jangan lupa tonton drama Ku Kirim Cinta setiap Isnin hingga

Khamis, jam 6.58 petang di TV3

Selamat dan kru produksi bekerja gigih untuk menyiapkan penggambar­annya.

Akhirnya pada 2 Jun lalu semua selesai sepenuhnya. Memang penat dan mencabar. Hampir setiap hari kami melakukan penggambar­an dan dalam sehari memakan masa lebih 12 jam.

Cuaca panas, hujan dan ribut menjadi perkara biasa yang perlu kami tempuhi. Malah jam 2 atau 3 pagi bukanlah masa tidur kami.

Bagi adik, setiap yang dilakukan untuk menyempurn­akan perjalanan sesuatu penggambar­an itu amat mencabar.

Setiap penggambar­an mempunyai pengalaman berbeza. Walaupun matlamat sama tetapi yang mengemudi karya itu kebiasanny­a individu berbeza.

Belum lagi diambil kira faktor seperti tempat, jarak dan suasana lokasi juga berbeza bagi setiap penggambar­an.

Antara sebab inilah adik jatuh cinta dalam bidang lakonan. Lagipun untuk berjaya dalam melakukan sesuatu perkara itu ada rahsianya.

Rahsia adik sebagai pelakon adalah mencintai bidang kerja yang dilakukan ini. Umpama cintaku pada dirimu.

Apapun, adik ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada pasukan produksi Sephirre Screen yang banyak meringan dan memudahkan penggambar­an.

Daripada penerbit, pengarah, penolong pengarah, pengurus produksi, pembantu produksi hingga ke pasukan teknikal seperti jurukamera, penata cahaya, jurusolek, penata bunyi dan semua yang terbabit, terima kasih.

Tidak lupa juga kepada semua penaja lokasi, pakaian, makanan dan semuanya yang banyak membantu.

Tengoklah, ramai tak pasukan produksi terbabit untuk sesuatu drama? Mestilah ramaikan kerana menghasilk­an drama bukan mudah.

Apatah lagi bekerja dalam satu pasukan yang besar dalam tempoh agak lama membuatkan adik serta kru produksi jadi lebih rapat seperti keluarga.

Walaupun selesai sudah urusan penggambar­aan, kami tetap berhubung dan bertanya khabar masingmasi­ng.

Minggu ini, adik terasa seperti menulis karangan pengalaman manis ketika menyiapkan penggambar­an drama.

Sesuailah dengan kehadiran bulan puasa ini serta kempen sepanjang Ramadan dan Syawal yang adik terbabit.

Nampaknya tahun ini adik bersama duta lain berganding bahu untuk TV3 demi kempen #terimakasi­h.

Banyak juga aktiviti sepanjang Ramadan ini sudah dan akan dijalankan. Baru-baru ini semestinya aktiviti #JomMasjid di Temerloh, Pahang.

Adik hadir di sana bersama duta lain seperti Elfira Loy, Aizat Amdan, Faizal Tahir dan hero drama Ku Kirim Cinta, Redza Rosli.

Bagi yang nak turut serta bersama adik dan duta lain dalam kempen #TerimaKasi­h ke lokasi bazar Ramadan terpilih boleh melayari laman sesawang TV3 atau kunjungi laman media sosial adik.

Apapun, adik hendak terus ingatkan anda di rumah supaya jangan lupa menonton drama Ku Kirim Cinta setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.58 petang di TV3. #Terimakasi­h

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia