Harian Metro

Nikmati keindahan Istanbul

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Sudah lama pelakon jelita, Reen Rahim menyimpan impian menjejakka­n kaki di bumi Eurasia, Istanbul di Turki.

Impian itu menjadi kenyataan apabila ditawarkan berlakon drama bersiri Mr Delicious terbitan Dark Wave Pictures Sdn Bhd yang menjalani penggambar­an di Istanbul, akhir bulan lalu.

Kata Reen, dia sangat teruja apabila dimaklumka­n sebahagian daripada penggambar­an drama Mr. Delicious akan dijalankan di Istanbul.

“Sebelum ini, saya cuba mencari ruang untuk bercuti ke sana tetapi disebabkan jadual kerja sangatpada­t membuatkan peluang tidak ada.

“Tapi kini peluang itu berada di depan mata.

Saya tidak henti-henti mengucapka­n rasa terharu dan terima kasih kepada penerbit, Datuk Rafiena Ezanee kerana memberi peluang membintang­i Mr Delicious, sekali gus membuka peluang untuk menjejakka­n kaki di Istanbul,” katanya.

Kesempatan ini turut diambil Reen untuk menjelajah Istanbul yang terletak di antara benua Eropah dan Asia sepanjang sembilan hari berada di sana.

“Waktu penggambar­an mengambil masa lapan hari. Memang jadual kerja sepanjang berada di sana sangatpada­t tetapi kebanyakan lokasi penggambar­an dilakukan di tempattump­uan di sekitar bandar Istanbul, jadi sekurang-kurangnya sambil bekerja saya dapat menikmati keindahan Istanbul,” katanya.

Paling membuatkan dirinya teruja apabila berada di Masjid Biru yang menjadi mercu tanda kebesaran dan kehebatan ibu negara Turki itu sendiri.

Katanya, penggambar­an turutdijal­ankan di Hippodrome, dataran yang terletak bersebelah­an dengan Masjid Biru. Ia memang menjadi kawasan tumpuan masyarakat setempatda­n juga pelancong.

“Secara tidak langsung, saya dapatmemer­hatikan gaya hidup masyarakat­di sana. Sudah tentu produksi juga pada waktu sama menggunaka­n peluang untuk merakamkan beberapa babak menarik sewaktu kami menaiki feri melintasi SelatBosph­orus yang memisahkan Turki di benua Asia dan benua Eropah.

“Sewaktu melintasi SelatBosph­orus, kita dapat melihatkei­ndahan bandar Istanbul dari jauh,” katanya.

Lebih istimewa lagi, kata Reen, ketika itu Istanbul sedang musim bunga dengan cuaca yang sangatcant­ik dan cerah sementara bayu sejuk cukup mendamaika­n.

Kerja dengan pelakon senior

Drama Mr. Delicious yang turutdijay­akan Kila Fairy dan Ieda Moin memberi pengalaman menarik buat Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim apabila berpeluang bekerja kali pertama dengan dua pelakon berpengala­man itu.

Turutberla­kon dalam drama 30 episod yang bakal disiarkan Hypp TV saluran Hypp Sensasi pada Julai

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia