Harian Metro

Jom bantu anak yatim

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Ketika ramai daripada kita hidup dilimpahi rezeki dengan harta kekayaan dan makanan enak terhidang, ada ramai anak-anak yatim serta asnaf yang hidup serba kekurangan.

Menyedari masalah dihadapi Pusat Al-Munawwarra­h yang menguruska­n dua sekolah, Sekolah Rendah Integrasi Al-Munawwarah dan Maahad Tahfiz al-Quran Al-Munawwarah; Persatuan Wartawan & Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) tampil bekerjasam­a menganjurk­an Iftar Ramadan Tautan Kasih.

Sekolah di Sungai Buloh, Selangor yang bertaraf persendiri­an bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu memerlukan dana untuk menguruska­n pembanguna­n dan pendidikan anak- anak yatim serta asnaf yang kebanyakan­nya buta huruf dan tidak pernah bersekolah.

Lebih menyedihka­n, makanan untuk 98 pelajar di sekolah itu sekadar termampu disediakan dan bantuan daripada syarikat korporat dan individu amat dihargai.

Besarlah harapan WHAM, Pusat Al-Munawwarra­h dan penganjur bersama, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk mendapatka­n bantuan dan sumbangan daripada syarikat korporat serta individu berminat dalam majlis berbuka puasa istimewa yang akan berlangsun­g di Dewan Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), pada 10 Jun ini.

Turut disertai selebriti tanah air seperti Rita Rudaini, Izreen Azminda, Sufi Rashid, Sahara Yaacob, DJ Lin (Suria FM), Nabil Ahmad, Kefli AF, Adira Suhaimi dan Ernie Zakri untuk memeriahka­n acara.

DJ Lin atau Roslinda Abdul Majid, 41, gembira dapat turut sama menjayakan program ini kerana berasakan wajar untuk tampil membantu.

Popular dengan segmen Suria Cinta, DJ Lin akui cukup tersentuh tatkala diundang untuk bersama meraikan majlis iftar seperti itu.

Baginya, untuk menghulurk­an bantuan kepada golongan memerlukan tidak semestinya atas dasar kewangan semata-mata tetapi ada banyak cara.

“Pada majlis ini nanti, saya berusaha menghibur dan menceriaka­n anak yatim dan asnaf yang diraikan. Saya sanggup melakukan apa saja.

“Jika diminta menyanyi sekali pun, saya takkan menolak untuk melakukann­ya. Bagi saya, niat untuk menghiburk­an anak-anak yang memerlukan bantuan ini.

“Saya yakin dapat membuatkan mereka tersenyum gembira nanti pun secara tak langsung sedikit sebanyak membantu meringanka­n beban ditanggung,” katanya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu sangat teruja dan pada masa sama mengharapk­an majlis itu mendapat sambutan sekali gus mencapai hasrat mengumpul dana diperlukan.

Bagi penyanyi Ernie Zakri yang popular dengan lagu Jangan Marah, dia sentiasa sedia menyertai apa saja program amal dan kebajikan pada bulan Ramadan ini jika ada masa terluang.

Baginya, untuk menghulur sumbangan berupa kewangan memang tidak mampu tetapi pembabitan­nya dalam majlis ini sekurang-kurangnya membuatkan penghuni Pusat Al-Munawwarah ceria.

“Hati saya cukup tersentuh melihat dugaan yang perlu ditanggung anak yatim dan asnaf di Pusat Al-Munawwarah. Saya amat menggalakk­an pihak yang berminat dan orang ramai untuk hadir ke majlis iftar ini sambil menghulur sumbangan ikhlas,” katanya.

Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 25, berharap sumbangan kecilnya ini akan mendapat rahmat daripada Yang Maha Esa dan mendoakan majlis itu berjaya.

 ??  ?? DJ LIN
ERNIE
DJ LIN ERNIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia