Harian Metro

Kawan baik musuh dalam selimut

-

Dugaan datang bertimpati­mpa dalam hidup Rita hingga disahkan mengalami sakit jiwa. Kebahagiaa­n yang dikecapi dalam hidupnya hanya seketika dan kemuncakny­a dia dituduh membunuh. Pada masa sama, kawan baiknya sendiri menjadi musuh dalam selimut.

Situasi yang cukup mencabar ini ‘dihidupkan’ pelakon Tasha Shila menerusi telefilem Parut yang mengisi slot Citra di TV2 pada 6 Jun ini, jam 10 malam.

Berganding­an dengan pelakon Adeline Tsen, Iqram Dinzly dan Aidil

Aziz sebagai watak utama yang menghidupk­an plot kisah ini, perkembang­an kisahnya bermula dengan watak Rita mengalami pengalaman yang pahit kerana diperkosa bapa tirinya ketika remaja.

Dia sering trauma dan mengalami tekanan emosi tetapi hidupnya berubah selepas berkahwin dengan Maliki yang sangat bertanggun­gjawab dan menyayangi­nya.

Mereka bahagia menjalani kehidupan suami isteri. Apatah lagi Rita kemudianny­a disahkan mengandung tetapi kebahagiaa­n mereka tidak bertahan lama apabila Maliki meninggal dunia.

Rita kembali tertekan menyebabka­n dia mengalami sakit jiwa. Dia keliru dengan takdir yang harus dijalani sehingga bertindak di luar kawalan mahu menggugurk­an bayi dalam kandungann­ya.

Atas nasihat doktor, anaknya diserahkan kepada pasangan Mazni dan Afendi yang juga rakan rapatnya semasa belajar dulu.

Mazni kemudianny­a mengajak Rita tinggal bersama mereka sehingga Rita melahirkan anaknya. Selepas melahirkan anak perempuan, Quzaimah, Mazni melihat hubungan Rita dengan suaminya semakin mesra. Situasi itu menimbulka­n rasa tidak puas hati Mazni yang sememangny­a dengki dengan kelebihan dimiliki kawan baiknya itu sejak dari zaman belajar lagi.

 ??  ?? ALMY Nadia
ALMY Nadia
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia