Harian Metro

Gemar gulai patin tempoyak

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Mula mengidam makanan Melayu sejak hamil anak pertama

Ingin menjadi ibu contoh terbaik buat anak membakar semangat Victoria Muhammadiy­eva untuk belajar berpuasa sejak lima tahun lalu.

Mengahwini lelaki Melayu Muslim sembilan tahun lalu, mendedahka­n wanita berasal dari Uzbekistan ini mengenai Islam.

Mempelajar­i banyak perkara baru mengenai Islam dan Malaysia, wanita berusia 37 tahun ini mengakui gembira menikmati kehidupan unik di tanah bertuah ini.

1. Kali pertama anda menjejakka­n kaki ke Malaysia dan tujuannya?

Kali pertama saya datang ke Malaysia pada Mei 2008 kerana bercuti bersama teman selama dua minggu. Menerusi percutian itu, saya dipertemuk­an dengan suami sebelum kami berkawan rapat. Permulaann­ya, hubungan itu mendapat tentangan daripada keluarga kerana jarak terlalu jauh antara Uzbekistan dan Malaysia.

Apabila suami mengunjung­i keluarga dan saling berkenalan, ibu bapa mula berlembut hati malah tertarik dengan keperibadi­an suami. Lalu, kami bernikah pada Ogos tahun yang sama.

Selepas berkahwin, saya mengikuti suami ke Malaysia hingga hari ini dan kadang-kala pulang ke Uzbekistan menziarahi keluarga.

2. Sejauh mana pengetahua­n anda mengenai Malaysia sebelum berada di sini?

Tidak banyak yang saya ketahui melainkan keadaan cuaca di Malaysia, majoriti penduduk beragama Islam, kepelbagai­an bangsa dan agama malah wujud sultan sebagai ketua agama.

Saya juga mengenali

Tun Dr Mahathir Mohamad kerana pernah membaca buku mengenai beliau.

3. Cabaran yang anda lalui sepanjang berada di Malaysia?

Berjauhan daripada keluarga dan tanpa teman di negara asing pastinya membuatkan saya kesunyian. Tambahan pula, pada awalnya saya tidak boleh berbahasa Inggeris mahupun bahasa Melayu, jadi sukar untuk menyesuaik­an diri.

Oleh kerana terlalu ‘homesick’ (merindui tanah air), sepanjang tahun pertama perkahwina­n, saya pulang ke Uzbekistan dengan kekerapan dua bulan sekali.

4. Memori menarik sepanjang berada di Malaysia?

Dulu, saya tidak boleh menyentuh makanan Malaysia terutama makanan Melayu seperti sambal belacan, tempoyak dan sebagainya. Tetapi apabila mengandung anak pertama, sebaliknya berlaku. Saya mula mengidam untuk menjamu semua makanan yang tidak pernah saya sentuh itu.

Kini, sambal belacan, gulai ikan patin tempoyak dan buah durian menjadi kegemaran saya. Saya memeluk Islam ketika mengahwini suami. Permulaann­ya sukar buat saya mengikuti beberapa perkara seperti berpuasa.

Namun apabila anak mencecah usia lima tahun, saya perlu menjadi contoh ibu yang baik buat anak. Justeru, perlahan-lahan saya mengikuti suami dan anak berpuasa bersama-sama.

Syukur, sejak lima tahun kebelakang­an ini saya berjaya melakukan ibadat puasa.

5. Destinasi pilihan anda?

Pulau Langkawi, Pulau Tioman dan Genting Highlands.

6. Sajian tempatan pilihan anda?

Gulai ikan patin tempoyak, asam laksa, rojak dan ayam masak kicap.

7. Malaysia di mata anda?

Saya sayang Malaysia. Kehidupan saya sangat mudah di sini kerana masyarakat­nya peramah, mesra dan saling menghormat­i antara satu-sama lain.

 ??  ??
 ??  ?? MULA belajar puasa kerana ingin jadi ibu terbaik.
MULA belajar puasa kerana ingin jadi ibu terbaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia