Harian Metro

Dengan Nestum

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Menggalas tanggungja­wab sebagai ketua juri bagi mengadili sajian lima finalis pertanding­an Empayar Sajian Nestum membuka mata cef selebriti, Cef Naem, mengenai kelebihan Nestum untuk menghasilk­an variasi menu baru.

Cef Naem atau Muhammad Naim Ramli, 26, mengakui resipi olahan bersama Nestum ciptaan peserta berjaya menonjolka­n kreativiti mereka dalam penyediaan makanan.

“Lima peserta ini berjaya mencipta keunikan apabila mengolah menu pencuci mulut barat mahupun timur dengan gaya tersendiri.

“Bagi sajian mencermink­an

Malaysia, tiga finalis mempersemb­ahkan menu Serawa Labu Manis Nestum, ‘Makmur Semolina Nestum Cookies’ dan Sate Ayam Nestum.

“Manakala sajian ala barat pula, dua finalis lagi menampilka­n ‘Nestum Awesomenes­s Fruit Crumble’ dan ‘Nestum Prawn Nuggets’.

“Kelima-lima sajian ini mempunyai keistimewa­an dan kelazatan tersendiri, sebelum menu Serawa

Labu Manis Nestum dipilih sebagai juara Empayar Sajian Nestum,” kata hos program masakan terbitan TV3, Apa Nak Makan Ni?

Menurut Cef Naem, setiap sajian disediakan dinilai berdasarka­n kriteria pembentang­an dan rupa sajian, nutrisi, kemudahan bahan, daya kreativiti dan rasa. Pada aspek pembentang­an dan rupa sajian, juri mengambil kira sisi kreatif finalis dalam mempersemb­ahkan menu dengan gaya yang menarik.

Peserta juga dinilai menerusi pemilihan ramuan tambahan yang mengandung­i khasiat seimbang sekali gus menyempurn­akan satu hidangan itu.

“Sesuai dengan konsep mesra pengguna, bahan mentah yang digunakan untuk menghasilk­an sajian haruslah mudah diperoleh dan disediakan.

“Kebijaksan­aan dan kreativiti peserta turut diadili apabila mereka tampil dengan resipi sajian asli, unik dan olahan tersendiri.

“Terakhir, kita menghakimi hidangan berkenaan berdasarka­n kelazatan dan keenakan citarasa sajian yang disediakan finalis,” kata jurumasak itu yang berpengala­man menjadi juri pelbagai program masakan sebelum ini.

Menurut Cef Naem, Nestum menerima lebih 300 penyertaan yang dikongsika­n menerusi Facebook Messenger Nestum Malaysia sepanjang pertanding­an berlangsun­g bermula 1 April hingga 30 April lalu.

Bagi peringkat ‘Finale Cook-Off’ Empayar

Sajian Nestum, pada 16

Mei lalu, Nestum hanya memilih lima penyertaan terbaik untuk bersaing memenangi hadiah bernilai RM50,000.

Nestum mengandung­i aneka bijirin seperti gandum, beras dan jagung serta diperkaya dengan karbohidra­t, protein, kalsium, pelbagai vitamin dan zat besi melengkapk­an satu hidangan.

Variasi produk Nestum mengikut cita rasa penggunaan termasuk Nestum Grain & More yang menawarkan lima pilihan, Nestum Grains & More Original, Nestum Grains & More Oat, Nestum Grains & More Madu, Nestum Grains & More Coklat dan Nestum Grains & More Banana Caramel.

Pilihan Nestum All Family Cereal pula menyediaka­n Nestum Original, Nestum Madu dan Nestum Original Tin.

 ??  ?? CEF Naem
CEF Naem
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia